Pages

Kereta Abah ku...

Waaa...malam ni first time aku bawak keta sampai sedikit accident...Ari ni ujan, pas maghrib lak tuh., Setiap malam ujan, malam ni pun ujan. So bawak la kete g ngajar kat pusat tuisyen pakar cawangan telipot. Masa nak balik, coz, aku parking depan, nak undur tak muat, pelajar ku suruh la aku keluar ikut pintu yang jarang orang guna. Pintu sempit jer. Kira dah lepas pagar tuh, tapi separuh belakang kete tak lepas, aku lak, lupa nak pusing tayar, apa lagi, penyangkut pintu pagar tadi terkena la pintu belakang sebelah driver. Waa...panjang la seretan dia. Tak kemek. Alhamdulillah..

Dalam kete pastu aku duk fikir, bapak aku marah la lepas ni...Aduiya...Camne nak buat ni... So, sebagai orang yang bertanggungjawab, ape lagi, smpai rumah, bgitau bapak ku. Alhamdulillah dia tak marah. Cuma dia kater, dah nak jadi, bia je la. Cat boleh sembur. Satu hal tak kena marah tapi aku kesian la kat dia, abis la duit dia nanti. Dah la sekarang ni dia kurang wang,. tak ramai nak bayar roadtax and ansuran body kete coz mahal. Dia nak makan pun sib baik la ada tabung. Gaji aku lak, leh la aku bagi mak aku RM50 tak pun kadang2 RM100 untuk belanja. Ye la, aku bukannya keja tetap agi. Tapi yer la sian lak kat abah aku kete dia jadi camtu. Pepun, harap2 pasni tak der aper2 dah. Serik dah aku. Kena lebih hati2.

SeRiK DaH aKu PaSNi...

Wahahaha...tadi, masa tunggu baiki enset tepi Mydin Kota Bharu, aku usha2 la tengok cd-cd cetak romapk depan suermarket Pantai Timur...Masa tuh dekat jam 530 petang dah....Petang2 gini, banyak jer gerai jual cd cetak rompak. Pelanggan pun ramai. Kaum2 ibu ada, bapak2 ada, anak2 pun ada. Aku ni dah lama tak beli cd coz duk asyik ngadap astro jer. So cam dah penuh tengok tv dah. Tapi, tadi tergerak nak beli CD cite Harry Potter Half Blood Prince...Past berkenan lak ngan Kompilasi Ice Age 1,2 and 3. So aku beli la dua cite ni. Semua sekali RM 18....so aku bayar la.

Kemudian, aku g gerai sebelah. Tengok ada kompilasi Harry Potter dari episod 1-6, ingat nak tukar n beli yang kompilasi, sedang asyik belek membelek, tuan kedai lari lintang pukang. Semua tuan kedai. Aku kebingungan dan tertanya. Lagi pulak, masa tuh, pelanggan pun ada yang cabut dari situ. Aku pun terus ikut jejak langkah mereka semua berjalan dengan selajunya cam tak cukup tanah. Sampai kat moto yang aku parking tepi mydin tuh, aiiiyoooo... Pihak penguasa la...orang KDNKK atau polis la kot...takpun MPKB...ye la depa tak pakai seragam. Depa pakai baju biasa jer...Adui, sib baik aku cepat tadi. Kalo tak, ngan aku kena cekup. Sian la mak den kalo aku kena lokap wes. Abis kerjaya aku. Lepas ni, serik dah aku nak beli. Baek aku donload la. Takpun tunggu ajer dalam tv. Bia lambat asal selamat...


KeRinDuaN

Sejak putus kasih beberapa bulan yang lalu, aku pada mulanya tidak la berasa kesunyian. Aku nekad yang aku tidak mahu bercinta lagi buat sementara waktu. Rehat untuk tenangkan diri tentang masalah ini. Bermuhasabah diri sendiri.

Dalam 3 bulan usia perpisahan, mungkin ada kawan-kawanku cuba kenalkan beberapa kawan mereka, tapi aku masih tidak berminat untuk bercinta lagi. Siap ada yang tunjukkan gambar, ciri-ciri dan lain2. Tapi masa tu aku hanya mendengar sahaja. Tidak ambil pusing pun.

Tapi, sejak cuti bulan mei, aku mula rasa kerinduan. Rasa kesunyian. Orang lain, teman2 ku sudah berpunya. Tinggal aku sahaj yang terkontang-kanting. Bulan pertama cuti, aku tak rasa apa2 pun. Tapi sejak dua menjak, aku sekali lagi di 'approach' oleh teman ku agar aku try usha teman yang pernah dulu dia cuba kenalkan. Aku cuba hindarkan. Tapi, entah mengapa hati serasa tidak tenang. Sentiasa berdegup tatkala minda ini melayarkan muka si dia. Mula terasa kerinduan. Tapi aku takut, aku segan. Aku takut kalo aku direjek. Aku segan kerana, aku malu dengannya. Kang, kena rejek, naya aku. Malu aku...Hahahaha...

Nasihat dari teman ku, agar cuba belajar ambil hati si dia, cuba ada rasa 'take care' terhadap dia. Tapi, entah la, aku nak buat, tapi aku segan....Cuba mesej2 buat kawan. Hehehe...Tapi bia la dulu. Aku tak bersedia lagi untuk cuba tekel dia walaupun aku suka terhadap si dia. Aku tengok dari jauh la. Tapi dekat di hati.

Aku memang seorang lelaki. Memang seseorang lelaki itu kena berani. Berani dalam segala2nya. Tapi entah mengapa, untuk hal ini aku kecut. Bukan aku sorang. Ramai lagi lelaki di luar sana...Tapi bia la dlu, bia aku kumpul kekuatan terlebih dahulu. Moga Allah membantu dalam usaha yang diredhai olehNya ini. Assalamualaikum...

Teman baru....?

Ramai kenalan ku mula bertanya bilakah aku akan mula menerima cinta baru. Bilakah nak mula ada awek kembali. Jawapan ku, entahlah. camne ntah. Sebuah cinta itu akan datang dengan sendirinya. Tapi dalam hati ku ini, sudah mula terbuka untuk menerima cinta baru. Tapi biarlah ia bertandang dengan cara semulajadi.

Kenalan2 ku juga sudah berpunya. Baik lelaki atau perempuan. Ada kalangan mereka bersimpati dengan aku. Tapi nak buat camne. Buat dono jer la kan. Bia la masa menentukan. Kalo nak tolong carikan, carilah. Aku tak kisah. Asal menepati 3 ciri penting bagi ku iaitu seorang guru, asal dari kelantan dan mesra serta tidak sombong. Itu jer.

Ade juga antara teman2 mencadangkan agar aku kembali ke teman lama ku. Mane boleh camtu. Aku tak akan sesekali menjilat ludah ku sendiri. lagipun, aku dah tiada perasaan langsung kat dia. nak balik kat dia camne. Huh, aku tak akan sesekali berpaling pada yang lama.

So jawapan buat masa ini, saya masih single and available. Masa yang akan menentukan segala2nya. Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT.

Semoga Selalu Begini...

Alhamdulillah, minggu ini berakhirnya dengan suasana yang boleh dikatakan menggembirakan. Dengan jadual yag semakin 'pack' di sebelah malam, tapi semangat ku tidak akan luntur sama sekali. Setiap kelas pada minggu ini berjalan sangat lancar. Tiada lagi kisah2 sedih yang menyelubungi perasaan aku. Semua kelas boleh dikatakan semakin baik dari sebelumnya. Moga ia akan kekal begini atau merubah menjadi yang lebih terbaik.

Walaupun jadual ku semakin bertambah, aku tetap setia untuk mengajar sesape aje yang sudi mendengar segala curahan ilmu ku. Moga mereka ini ya Alaah, menjadi pelajar terbaik dan dipermudahkan segala urusan mereka Ya Allah. Kesibukan aku tidak akan sesekali menghalang proses curahan ilmu ku pada pada pelajar2 ku. Setiap kali mengajar, satu kepuasan ku terima.

Alhamdulillah ku ucapkan di atas nikmat ini.

ALhamDuLiLLaH...

Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Illahi atas segala mempermudahkan segala urusan aku di dunia ini. Malam ni, yakni tadi, aku mengajar satu Pusat Tuisyen tuh, alhamdulillah, mereka mula berubah perangai. Tiada kebisingan berlaku. Ia berlaku sejak minggu lepas lagi aku perhatikan. Terima kasih pelajar2 ku. Kerana mula sedar akan tanggung jawab masing2. Moga anda dipermudahkan segala urusan pembelajaran anda sekalian. Thanx yer, pelajar2 kelas J dan C.

Ku ucapkan terima kasih juga kepada Pusat Tuisyen Al-Amin, kerana, sudah menukarkan kelas biologi form 4 yang sebelum ini di bilik US1 yang teramat tidak selesa, ditukarkan ke bilik yang lebih selesa, bilik J. Tiada lagi gangguan2 lain. Moga pelajar dapat belajar dengan lebih aman dan tenteram.

Actually, aku komen dan kritik sebelum ini adalah bagi memberi kesedaran, agar kita hendaklah mempunyai sikap yang mana lebih positif demi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan kita bukan sekadar kuantiti semata2. Pendidikan kita dan generasi kita hendaklah sentiasa bergerak bersama dari segi kualiti dan kuantiti nya. Alhamdulillah, satu perubahan yang baik ku lihat dari satu sudut. Teruskan usaha tingkatkan lagi kualiti dan kuantiti pendidikan kita.

Moga Amin Sihat Sejahtera...

Rabu yang lepas, aku dikejutkan dengan berita kemalangan pelajar ku. Pelajar dari SMK Panji Kota Bharu Kelantan. Amin, Pelajar Tingkatan 5 tahun ini yakni masa aku praktikal dahulu, dia di tingkatan 4. Dengar cerita, beliau kemalangan dengan sebuah motokar pada hari Selasa, hari cuti umum negeri kelantan sempena Hari Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.

Jumaat lepas, aku dan 2 orang pelajar ku, yakni kawan amin, Amir dan Azhim melawat Amin Di wad 2 Zamrud Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 5 petang. Memang parah rupanya. Dengan tulang paha patah dan tangan pun patah. Yang paling menyedihkan, peha yang patah itu, tulang betisnya terpaksa ditebuk dengan sebatang besi dan ditarik dengan menggunakan pemberat 1kg untuk menarik tulang peha yang patah itu kembali kepada keadaan asal. Taku jugak melihatnya. Pepun, cikgu tahu amin pelajar yang kuat. Kuatkan semangat untuk sembuh dan dapat ke sekolah bagi mengahadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Cikgu berdoa, amin cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah dan sterusnya menggenggam kejayaan yang terbaik dalam SPM tahun ini.

Untuk pelajar2 lain, ambil iktibar dari kisah ini. Terutama pelajar tingkatan 5, jaga kesihatan dan keselmatan. Ingat bahawa tahun ini tahun yang penting untuk kalian untuk meraih kejayaan yang paling cemerlang. Cikgu akan senantiasa mendoakan kesejahteraan kalian.

JaNgaN PaNdaNg Ku SeBeLaH MaTa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, akhirnya lega jugak aku kerana rahsia itu dapat dikeluarkan. Rahsia tentang aku ini belum pernah mengajar di mana2 sekolah. Rahsia yang perlu disimpan olehku atas arahan beberapa Pengetua atau pengurus pusat tuisyen di mana aku berkhidmat.

Walaupun aku belum pernah berkhidmat sebagai guru tetap di sekolah, jangan sesekali memperlekehkan atau memandang hanya sebelah mata tentang segala pengalaman mengajar aku. Walaupun aku belum pernah mengajar sepenuh masa sebagai guru, ambil kira juga la pengalaman aku sebagai guru praktikal di SMK Kubang Kerian 1 dan di SMK Panji Kota Bharu Kelantan.

Selain itu, pengalaman mengajar tuisyen. Selama aku berada di UKM untuk Ijazah SarjanaMuda Pendidikan dgn Kepujian (Biologi / Kimia), aku pernah berkhidmat sebagai Home Tutor selama setahun semasa aku di tahun 2 pengajian. Selain itu, masa ku di tahun 3 pengajian, aku pernah berkhidmat mengajar matapeljaran Kimia Tingkatan 4 dan 5 di Pusat Tuisyen Mawar cawangan Bangi Seksyen 15 dan seksyen 7 selama dua tahun iaitu tahun pengajian ketiga dan keempat. Selain itu, pengalaman mengajar matapelajaran Biologi tingkatan 4 dan 5 selama 2 tahun juga dapat mematangkan segala ilmu yang selama ini aku pelajari dan ajari.

So, jangan sesekali mengatakan bahawa aku ini tidak pandai mengajar dan kurang ilmu untuk diajarkan. Selama aku mengajar Pusat Tuisyen di Bangi Selangor, tidak pernah seorang pun pelajar ku mengatakan bahawa aku ini tidak pandai mengajar. Bukan hendak mengatakan aku ni bangga diri dan hebat. Saje untuk dikongsi bersama di laman blog ini. Malah, pelajar2 ku di Bangi ini lebih menghargai lagi ilmu ajaran ku. Siap boleh g rumah pelajar lagi untuk di ajar sebagai tuisyen individu.

Di SMK Panji, tempat ku praktikal setahun lepas, siap telepon tanya bilakah cikgu tamat pengajian, mohon untuk mengajar mereka sebgai pelajar tuisyen di luar waktu sekolah atau di rumah mereka. Satu bukti dimana mereka menghormati aku dan menerima ajaran ku dengan baik. Mereka juga selalu bertanyakan kabar berita tentang guru dia ini. Thanx ratih, Amir, Haikal dan lain2. Kelas2 yang aku tidak pernah mengajar pun semasa di SMK Panji pun pernah main mesej dengan ku bertanyakan berita. Thanx Jannah kerana masih mengingati cikgu wlaupun cikgu tidak pernah mengajar awak dahulu.

Tetapi, apa la malang sangat nasibku, bila aku mengajar di negeri kelahiran ku, negeri tempat tumpah darah ku, lain sungguh dengan pelajar di selangor. aku ingin berbakti kepada negeri ku, nak lihat para pelajar di negeri ini lebih berjaya daripada negeri2 lain. Tapi ini pulak balasan yang ku terima. Tapi tak per la, aku hanya akan mengajar kepada sesiapa sahaja yang sudi menerima ilmu dari ku. Yang lain ikut la, nilai sdri. Anda nilai sendiri diri anda. Sama ada saya tidak pandai mengajar atau anda tidak memberi perhatian yang penuh semasa saya mengajar. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan aku pada hari ini.

Pusat Tuisyen Pakar caw. Telipot

Pagi ini, kelas Chemistry form 4 berjalan lancar di Pusat Tuisyen Pakar cawangan Telipot. Alhamdulillah. Hanya perbincangan subtopic 3.1 untill subtopic 3.4 sahaja. Melibatkan pengiraan sahaja. Kelas ini amat ceria. Saya sukakannya. Boleh berinteraksi dengan baik. Banyak cerita dapat dikongsikan bersama. Para pelajar dari pelbagai sekolah amat mesra dan senang untuk berinteraksi.

Cuma yang sedikit terkilan adalah, tajuk2 ini susah untuk difahami. Senang untuk saya fahami tapi susah untuk di ajarkan. Ini kerana soalan nya amatlah susah untuk difahami. Kadang2 maksud yang diberikan adalah berlainan dari aper yang kita paham. Tadi pun pelajar tidak faham bagaimana nak jawab soalan. Tapi isi pengajaran alhamdulillah faham. Tak dapat 100% faham pun tak per. Ambik 50% pun tak per. Huhuhuhu....Ini petua pensyarah matrikulasi ku dulu, tak paham 100% pun takper, asalkan 50% paham baguslah tuh. Hehehehe. Soalan bab ini dia berbelit2 sikit. So, kita terpaksa ambil masa untuk ekstrak soalan dan terjemahkan kepada apa yang dia perlukan. Maka dengan itu, saya harap, student teruskan wat latihan2 ini yang dari buku2 lain. Moga dapat memantapkan lagi skill pemahaman dan pengiraan anda.

Overall, cikgu suka kalian semua. sayang semua. Moga kalian dipermudahkan urusan pembelajran kalian. Amin.

Maaf Untuk Segalanya...

Jika di dalm blog ini saya post pelbagai perkara yang tidak puas hati dengan sesetengah orang dan senantiasa mengutuk dengan sewenang2 nya, saya mohon maaf. Ini kerana dlam blog ini lah tempat saya mencurahkan segala kisah suka duka pahit manis dan segalanya. Dan mulai hari ini, sya berjanji, saya tidak akan hentam saper2 lagi. Kalu dibiarkan, buruk padahnya terhadap fizikal dan batin saya. Pelbagai entry yang telah diposkan itu, ada sebab2 tersendiri. Siapa la kita, kita manusia sentiasa tidak sempurna. Hanya Allah yang lebih sempurna dari segala2nya. So, maafkan diri saya dan terima saya seadanya. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Dan jika masih ada permasalahan, saya insyaAllah akan selesaikan dengan cara berhemah. Terima kasih. wassalam.

Siapa DiriKu...

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Buat pelajar2 ku yang tak kira anda berada. Terlebih dahulu, cikgu mohon maaf kerana menyimpan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan. Ini kerana, kalau boleh, cikgu tak nak la berbohong, Tapi oleh kerana ada beberapa hal perlu di elakkan. Beberapa pengurus atau pengetua pusat tuisyen tidak membenarkan cikgu memberitahu di manakah cikgu mengajar. So, cikgu pun terpaksa rahsiakan. Mungkin aggapan mereka, bahawa kalau di beritahu, pelajar tidak akan yakin dengan cara ajaran cikgu.

Ok lah, lets me introduce myself. My name is Muhamad Shahroom Admiey B Kamarudin. 23 years old. Still single and available. Baru tamat belajar dalam bidang SarjanaMuda Pendidikan Dgn Kepujian (Biologi) di UKM. Bakal di anugerahkan ijazah pada 17 Ogos 2009. dan bakal Posting atau di tempatkan di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia mulai November 2009 InsyaAllah. Bidang pengajaran yang di ajar adalah Biologi sebagai subjek utama dan Kimia sebagai subjek minor. Tapi, kedua2 subjek ni cikgu boleh ajar dengan jayanya. Dan insyaAllah, pelajar akan faham ajaran cikgu. So, hari ini, cikgu sebenarnya tak sanggup dah berahsia, so cikgu lepaskan segalanya dan alhamdullillah tenang rasanya dalam hati ini. Cikgu berahsia kerana terpaksa. Maaf di pinta. So, cikgu benarkan anda sekalian adili lah dengan sepatutnya. Cikgu terima segalanya. Terima kasih dan jumpa lagi.

iLmu BaRu DaRi PeLajAr...

Alhamdulillah kelas malam ni berjalan dengan lancar untuk Chemistry Form 4 di Pusat Tuisyen Pakar Cawangan Pasir Hor. Ari ni aku revise kembali ke tajuk chapter 2 chemistry form 4. Yer lar, tak kan nak ajar Bab 8 kot. kat skolah, depa bab 5 belum tontu abis beljar dah. So, ari ni ngajar satu bab tuk setengah jam. lagi sejam wat latihan dan perbincangan. ala, bab 2 ni senang jer. bab 3 susah sket bagi pelajar coz banyak rumus kena ingat. So, jangan rungsing, cikgu akan pecahkan tajuk ni, ajar sket2.

Malam ni, ilmu baru ku dapat formula nak ingat sumbangan tokoh dalam penemuan struktur atom. Thanx Nani kerana berkongsi info berguna tersebut. Moga Allah mempermudahkan urusan pembelajaran nani. Serta rakan2 yang lain tak kira anda ni dari pusat tusyen yang lain. akronim yang dihasilkan adalah seperti di bawah.


Dari Tadi Ratna Baca Comic
Ayah Emak Pergi Supermarket Neutron


Kalau diterjemahkan:
D & A= Dalton jumpa Atom
T & E= Thompson jumpa Elektron
R & P= Rutherford jumpa Proton
B & S= Bohr jumpa Shell of Electron
C & N= Chadwick jumpa Neutron

So, harap, yang lain2 aka ingat formula ini. Dulu aku tak hafal, coz aku main pakai ingat jer benda ini. Huhuhuhu...semoga bertemu lagi. Bye.



Ada Gak Perasan Akhirnya.

Dari kawanku, ku dengar sesuatu yang tidak enak sedang berlaku. Its ok, itu mungkin kelemahan aku. Actually, aku mengajar bukan nya suka biased. Mungkin tanggapan pelajar ku menganggap aku biased. Itu bukan yer. Sebenarnya, di satu Pusat Tuisyen ini, ada satu kelas, bukan di anggap tak suka, tapi kureng sket dengan mereka. Ye la, dah bising sangat. Satu jer prinsip aku yang dipegang, "Jika pelajar tidak menghormati aku, aku tak akan sesekali hormat mereka." So lantak la anda nak jadi aper. Aku hanya mengajar pelajar yang mane hormati aku sebagai gurunya, ingin dengar segala ajaran aku. Kalau anda tidak suka dengan cara ajaran ku, aku tak leh nak wat aper2. Sape yang dengar ajaran ku, insyaAllah anda faham aper yang anda pelajari. Dengan keadaan kelas yang bising tuh, sebenarnya aku jadi tak der mood nak mengajar. Itu yang membuatkan aku seperti tak nak mengajar. Tapi cara ajaran aku dengan anda adalah sama dengan kelas2 lain. Bia la anda nak kater ape pun. Yang penting, anda ikhlas sahaja dengan ku, konpem anda senang pelajari ilmu yang di ajar. Minggu ni, kira ada perubahan pada kelas bising ni. alhamdulillah. Thanx a lot sape yang memberi komen tersebut. So, behave yourself semasa saya tengah mengajar. Terima Kasih. Assalamualaikum.

PertenGahan MingGu YanG iNdah

Alhamdulillah... Ari ni hari rabu. Yakni, sudah hari ke-4 untuk minggu yang baru pada minggu ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar sekali. Ari Ahad biasa la duk kat umah. Tiada kelas tuisyen dalam jadual aku pada hari ini. Hari isnin pun sama. Cuma hari isnin ni aku kutip sampah n sapu sampah di halaman rumah. Ye la, tengok daun2 pokok jatuh banyak sangat. So, aku sapu aje pakai pengokok sampoh...huhuhu...Pokok2 bunga dalam pasu lak nampak kering garing, so aku pun dengan rajinnya, g la siram. Pas siram, aku g la bakar daun2 sampah yang aku sapu td. Selang 10 minit, hujan turun dengan lebatnya. Ingatkan tak hujan. Ye la, gelap2 biasa2 ajer. Tapi tak per la, yang penting, sampah tuh dah habis di bakar. Tapi aku rasa cam membazir air jer coz aku dah siram pokok bunga. Kalu tahu nak ujan tadi aku tak siram. Huhuhuhuhuhu

Selasa, Menteri Besar Kelantan Umum Cuti Umum bagi seluruh negeri Kelantan bagi PilihanRaya Kecil Dun Manik Urai. Ah, gasak la. Tak kira la sape menang, asalkan ada kebaikan sudah. Aku tak pentingkan sangat politik ni.. Pepun tahniah pada parti yang menang. So, ari ni ari cuti, semalam dapa panggilan dari Zuqrina, salah seorang pelajar Pusat Tuisyen Midani, mintak aku ke rumahnya pada jam 10pagi - 12 tgh hari tuk wat home tutor. So pagi semalam aku g la. Alhamdulillah, pengajaran aku dapat difahami olehnya. Malam lak ada kelas kat Pusat Tuisyen Al-Amin. Alhamdulillah, kelas semalam tak bising seperti sebelum2 ni. 2 orang pelajar tuh dah tak datang. Ntah la. Brenti kot. Ada pelajar baru, dari SMS Machang Kelantan. Dia keluar dar sekolah tuh dan mohon tuk sekolah di daerah KB bagi menemani ibu nya yang seorang diri. Ayahnya pensyarah di UIA pahang, abang2 keje d KL. so dia nak teman ibu nya yang keseorangan. Dia mintak aku ajar la masa kawan2 lain ngah wat soalan coz dia langsung tak belajar agi chapter 6. Alhamdulillah, ajaran ku dapat diterima dengan baik dan jayanya di fahami.

Cuma aku terkilan 2 perkara ajer. Dekat whiteboard fotostat bahan pengajaran, tertulis "sila hantar bahan pengajaran awal untuk difotostat". Aku dah hantar bahan2 tuk aku fotostat pada hari sebelumnya. Tapi, aku g ke kelas semlam, ingat dah siap fotostat, rupanya tak wat pun agi. Sedih aku. yang kedua wat aku sedey, aku mohon agar bahan itu di stapler, tapi tak wat jugak. Dah la last week aku fotostat bahan, muka surat 1 dan 2 duk depan belakang, Bukan jadi turutan muka surat, dia fotostat muka surat 1 depan di belakang muka surat 3. Sedih tul. Camne la nak suh bahan pengajaran berkualiti. Sebelum ni, pengetua dia kater, wat nota elok2 cikgu shahroom, agar senang plajar fahami. Aku dah wat lawa2 dah. Tapi bila sampai waktu fotostat, gini jadinya. Semalam pelajar komplen bahan lewat siap. Yang kedua, tak stapler kertas. Habis berterabur. Tak cekap langsung. Ni la bila dah terlalu ramai dan banyak. Kalu dah hantar awal tuh, fotostat awal2 la. jgn nantikan hari cikgu nak guna baru nak fotostat. Ape nak jadi la. So, bila tahap kualiti yang akan terhasil disini. tapi yang pelik, kuantiti pulak bertambah.

Petang tadi masa tgk sekar, dapat panggilan dari Pusat Tuisyen Pakar. Dia mohon agar aku ganti kelas Bio Form 4 kat Telipot Malam nanti. Esok lak kat Cawangan Pasir Hor. ganti cikgu yang ayah dia meninggal ari tuh. Alhamdulillah rezeki aku lagi. leh la wat bekal tuk konvo nanti. Huhuhuhu...

Pepun, harap2 minggu ini berakhir dengan kegembiraan. bak kater amy mastura. Heppi....huhuhuhuhu

Bertamu Di KalLbu


Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

Seminggu Berlalu

Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu untuk satu lagi minggu yang penuh dugaan dan cabaran. Esok, start minggu baru.

Kita mulakan dengan Ahad yang lepas, tiada aper yang menarik untuk dikongsi bersama. Hanya di rumah kerana hujan sangat2 lebat satu hari tuh. Kotor motor ku akibat percikan air hujan dan pasir2 tepi rumah aku. Kena basuh la tuh...hi...hi...hi...

Isnin, hari yang cerah. Hari ni, my mom ntah kemana. aku bangun dari tido jam 9pagi tengok dia tiada. Kemana agaknya. Pastu adik anis datang. Mak aku ni pengasuh. So, anis ni anak asuhan dia la...Huhuhuhu. Ambik je dia wat naik tas rumah, selang 15 minit, mak aku pulang. Rupanya g hantar cik yah klinik kesihatan. cek baby dia dalam perut. Beberapa bulan ag, insyaAllah dapat sepupu baru.

Selasa yang mengecewakan. G ngajar tuisyen kat Pusat Tuisyen Al-Amin jam 830-930 malam. Alhamdulillah kelas ni berjalan dengan lancar. Semua pelajar perempuan biologi form 4. Mane tak faham, terus depa angkat tangan tanya. So, kire ada respon. Tapi yang paling sebal dalam hati nak sumpah2 jer budak2 laki tuk kelas kedua jam 930 mlam-1030 malam. dah la duk belakang, kalo tak faham tanya, Ni tidak, buat bising jer tahu. Saya menghormati kalian sperti mane kalian sepatutnya hormati saya sebagai guru. Setakat ni aku leh sbar agi. Kalo dah tahap melampau agi next week, memang pelbagai sumpah seranah yang akan dikeluarkan. Tiada lagi segala hormat untuk anda. Tidak respek langsung guru mngajar dan tidak respek kepada pelajar2 lain yang tengah belajar. Pepun, pelajar2 yang baik itu, cikgu doakan kalian pandai la tajuk yang cikgu ajar. Hanya hormati saya sahaja. yang dah tak der hormat tuh, silakan keluar dari kelas saya, memang pelajaran saya tidak halal buat anda.

Rabu, dapat panggilan dari kerani Pusat Tuisyen Pakar, mintak tolong ganti cikgu Biologi Form 4 yang mana ayahnya meninggal dunia. Ganti kat pasir hor dan telipot. Kat pasir hor ari khamis dan kat telipot malam rabu. So, malam rabu nih, jam 8 aku turun g ngajar Bio form 4. Buat revision chapter 4. Rupa2nya ada pelajar2 yang tdk faham agi tajuk ni waima dah masuk bab 6. So, kira rezeki depa la dapat wat revision. Ala, depa ni pelajar2 kimia aku gak. So, kita orang wat perbincangan, pengajaran dan wat contoh2 sklan.

Khamis, Malam ini juga ganti kat pusat tuisyen Pakar, tapi cawangan pasir hor lak, Pelajar2 ni pun pelajar kimia aku kat sni. Huhuhuhu, So depa tak der masalah. Juga wat revision chapter 4 gak. Alhamdulillah, depa faham dengan jayanya.

Jumaat malam, ajar kimia form4 di PT pakar pasir hor. Ajar chapter 7. Aku habiskan sambungan last week. tapi kat skolah, depa baru nak masuk. So kire, depa tu tak mahir la lagi...ada kepincangan semasa menjawab walaupun memberi perhatian yang penuh semasa pengajaran. Tapi takper, saya tidak gelojoh untuk mengajar bab 8 agi. So next week, cikgu akan ajar semula bab 1 dan 2. Semoga kalian dapat fahami dengan jayanya next week.

Pagi sabtu, jam 1030 pagi aku g mngajar d PT Pakar Telipot. tapi aku tak abiskan chapter 7 yang aku ajar last week. Aku mulakan dengan bab 1 dan 2 selama 1jam dan baki 1/2 jam agi perbincangan soalan. Ini kerana, aku kesian kat depa semua. Bab 7 baru jer belajar. Tapi sesetengah sekolah, ader ag yang tak belajar. Huhuhuhu...lagipun, kat cawangan ni, tak der tuisyen kimia lagi sblom ni.Baru start last week dengan aku sebagai pengajar nya. lain la di cawangan pasir hor, depa ni sebelum ni dah ada guru. huhuhu. Alhamdulillah, paling rendah yang salah adalah 9 sahaja daripada 30 soalan. So, hari ini, alhamdulilah semua faham ape yang telah dipelajari. Petang sabtu lak, g umah ainie, ajar biologi form4. Chapter3. Tapi start semula ngan chapter2 coz, last week ader yang tak datang, dan ainie mintak ajar sekali lagi. Ada beberapa perkara yang tdk difahami. Tapi, overall, pelajar2 paham dengan jayanya.

So, aku berharap, minggu yang baru ni, tiada lagi kebisingan dan sebagainya. Ya Allah, permudahkan segala cara pengajaran ku, dan semoga pelajar2 ku dapat fahami dengan sebaiknya.

"Guru yang jujur adalah guru yang mana mengakui kepintaran pelajarnya, Peljar yang jujr, adalah pelajar yang mane mengakui kepintaran gurunya lebih daripada mereka."

Wassalam

Rahmat Dari Kejadian


Masih ingat dengan entry yang aku geram sangat2 dengan sebuah pusat tuisyen suatu ketika dulu. tak ingat? tak per, cek aje entry kat bawah2 nih...huhuhuhu.

Dulu memang aku geram sesangat la, sampai sumpah menyumpah. Dah geram sangat. Tapi ada benda yang telah berlaku tuh. Setiap kejadian yang menimpa tuh ada rahmat yang tersirat. Kalau dulu, lepas aku tamat pengajian, pengetua satu pusat tuisyen tuh telepon suh amik kelas biologi form 4 ari sabtu 3kelas yakni 3jam dan malam selasa 2 kelas. Tapi bertahan hanya 3 minggu sahaja. Ada pelajar yang komplen kater aku tak reti mengajar dan pengetua tuh pun hanya beri aku 2 kelas malam selasa sahaja. So petang sabtu tak der kelas. Kecewa sangat, aku tak halalkan segala pembeljaran yang aku telah ajarkan selama 3 minggu tuh. So, selepas sebulan, ada kejadian berlaku.

Start bulan Julai ni, alhamdulillah rezeki datang berlimpah ruah. Walaupun pusat tuisyen tuh dah sekat rezeki aku time tuh, ada rezeki yang baru Allah telah berikan. Syukur sangat2. Huhuhuhu. Pusat Tuisyen Pakar cawangan Pasir Hor dan cawangan Telipot, sanggup menggaji kan aku sebagai guru tetap untuk subjek Kimia form 4. Malam Jumaat dan Pagi Sabtu. manakala guru ganti bagi Kimia form5 dan Bio form 4 n 5. Aku kenal dengan kak long (pengurus) ni, start dari cuti sekolah 2 minggu ari tuh. Anak sdara dia dari kedah datang dan tuisyen disini selama 2 minggu dengan 2jam sehari selama 4hari. Ajar biologi form 4 individu. Dari situ, mungkin anak sdara dia yang promote aku kot. pepun, thanx kak long dan ank sdara dia kerana memberi peluang untuk saya mengajar di pusat tuisyen anda. Budi kalian, hanya Allah yang balas. Kerani2 pun ok, baik. huhuhu...

Tidak setakat itu shaja, selain dari itu, sebelum ini aku pernah mengajar as a substitute teacher kat Pusat Tuisyen Midani. kalo nak tahu, kat area kubang kerian kat umah aku ni ada 5 buah pusat tuisyen yang dekat2 jek. So, banyak kali jugak aku ganti. Hampir 2 minggu sekali ganti kat situ setiap pagi Jumaat. Daripada cara pengajaran aku, ada jugak pelajar yang tertarik dengan kaedah pengajaran aku. Ainie nama diberi. Pelajar elit dari SMK Zainab 1 Kota Bharu Kelantan. Dia mohon untuk aku ajar dia dan rakan2 dia di rumah dia seramai 8 orang di peringat. Alhamdulillah. Terima kasih ainie atas segala kepercayaan yang telah di berikan kepada cikgu untuk ajar kalian. Kelas ainie hari Sabtu Petang.

dalam entry sebelum ini juga aku pernah berjanji bahawa aku tidak akan menjadi guru ganti dah untuk satu pusat tuisyen yang aku rasa menyampah tuh. So, janji itu setakat ini tertunai. Ye la dlu nak kat aku, lepas tu tak nak. sekarang nak pulak. Minta maaf, aku tak akan sesekali jadi guru ganti anda. Cukup la setakat dua kelas yang anda beri kepada saya untuk biologi f4 malam selasa. Aku pun bukan nya pelahap sangat nak duit dia. Aku ngajar ni saje je untuk timba pengalaman, duit aku tak kira sangat. Asal aku puas dengan aku dapat ngajar je. Ye la, aku ni kalo satu hari tak ngajar, gila dibuatnya. Sebab tu dulu aku kat u pun aku ngajar tuisyen. hehehe. Tadi pagi sabtu, pengetua tu telepon suh g ganti kelas yang dlu dia pernah beri kat aku kendian tarik balik. So, aku bagi la alasan yang aku ngajar kat peringat. tapi memang betol pun, aku ngajar kat peringat rumah ainie petang tadi. huhuhuhuhu. Jenis muka tak malu la kot pengetua tu. Dia Ludah, dia yang jilat kembali. Itu la sifat seorang pengetua yang hanya tahu nilai Kuantiti berbanding Kualiti. Nampak jer alim. Tapi haprak.

So, lepas ni aku tak mengalah. Aku akan teruskan pengajaran aku dengan jayanya agar anak bangsa yang dicintai dan disayangi ini dapat menimba ilmu dngan sebaik2nya dan berjaya di dalam apa jua permasalahan pengajian dan di dunia dan di akhirat. Pepun, aku nak ucap terima kasih banyak2 buat Pusat Tuisyen pakar, Pusat Tusiyen Midani, dan aini di Peringat. Buat Pusat Tuisyen yang satu agi tuh, aku tak nak ucap aper, just semoga berjaya untuk pelajar2 yang amik bio selasa malam sahja. terima kasih. Alhamdulillah. Chaiyok2...

Aksesori Baru...

Sebelum ni, aku suka sangat menggunakan aksesori wangian badan jenama Dashing...tu zaman remaja la...coz masa tuh, duit pun kurang nak beli yang mahal-mahal...so, as a student pada masa tuh, aku setakat pakai jenama dashing je la..dashing yang kaler biru tuh....Dari pewangi, roll on dan juga bedak...masa tu aku guna bedak badan...huhuhu...Sampai la aku guna duk matrik.

Pastu bila masuk Universiti, aku tukar la pulak ke wangian JC blacknight kaler kuning...kuat wangian dia..harum...tahan sampai petang...pakaian yang sembur ngan pewangi ni, letak dalam baldi, hujung minggu basuh kain baju, masih tetap wangi. Tapi sayang, dia jarang dijual. Tapi dia tak der produk bedak...So pakai je la perfume and roll on je.

Pastu akibat dah bosan, aku guna lak jenama adidas. Adidas kaler kelabu. Best gak. Juga tak der bedak. Hanya perfume and roll on ajer. Benda alah lain pun ada. Sabun ada, after shave pun ade. Tapi aku tak pakai pun. Aku just beli perfume and roll on ajer.

Dan 2 3 bulan lepas, aku guna jenama Uber Man. Kaler biru...last2 skali aku pun tukar pulak...So mulai julai 2009 nih, aku mula menggunakan jenama Denim Kaler Biru...Best woo bau dia...Lebih wangi dari jenama yang sebelum ni aku guna. Mahal la pulak. Dalam RM 34 sebotol. Dia punya roll on lak RM13 sebotol...Mahal..Tapi berbaloi dengan wangi nye itu...huhuhu..kat bawah ni aku letak gambar. Tapi gambar aku nye aku tak nak letak la...huhuhu..so aku letak yang aku dapat dari internet. tapi bukan yang warna biru ni. Yang biru ni nama denim tornado.. Akunye biru gelap Denim Original klasifikasi dia...huhuhuhu



Satu jenama yang aku tak pernah tukar adalah gel rambut aku...huhuhuhu...Brylcreem Extreme Hold Gel...huhuhu...entah, aku suka sangat sampai tak nak tukar...hehehehe..dari zaman sekolah lagi.


keCewa ya aMat...

Semalam aku mengajar Biologi di satu pusat tuisyen tuh...Jam 830-930 malam tuk kelas semua budak2 perempuan...Alhamdulillah...Baik2 semua...Respon pun ada...kalo tak paham diaorang akan tanya..Terima kasih Tasnim, Azmira, Nik, Nana, Fadilah, Mariam dan Dini...

Tiba jam 930 malam aku mula tukar kelas untuk kelas yang satu lagi. Kelas ni aku rasa sangat2 kecewa smalam. Bising ya amat. Sebelum ni, bising jugak, tapi aku leh ag ngaja, ada yang tak paham akan tanya kembali.. Tapi Ya Allah, sangat2 kecewa la aku. Dah la tajuk semalam Mekanisma Fotosintesis. Aku tau, tajuk ni susah kerana kena ingat persamaan kimia. Tapi kalo dah tak paham tu wat la cara tak paham. Bukan nya nak tanya kembali kalo tak paham, malah buat bising. sakit ati dengan budak lelaki yang di belakang dua orang tuh...Nak kate bengong, tak der la pulak bengong. Ye la, dah amik bio tuh maknanya budak pandai, tapi apsal la sangat tak respek cikgu mengaja kat depan n rakan2 lain yang sedang ikuti pengajaran semalam.

Kelas ni kelas campur. Ada laki dan ada perempuan. Perempuan tak der masalah walaupun ada la 2 3 orang yang tak berapa nak paham ag. Tapi at least diaorang bagi la jugak perhatian. Budak2 lelaki yang kat depan lak, sian aku tengok. Monyok semacam. Sib baik la ada 2 3 orang semalam suh aku ajar semula secara ringkas walaupun orang lain dah balik. Bdk2 lain dah balik, tenang, tinggal la 2 3 orang nih. Alhamdulillah ada jugak yang respek nak terima ilmu dari aku. Thanx ya Khairi, Aqil, Aini. Semoga kalian di permudahkan urusan menerima ilmu dari guru2.

Aku bukannya apa, aku rasa kecewa kerana aku rasakan tergugat apabila orang tak respek aku masa aku ngaja. Pepun, aku harap, next week tak berlaku lagi. Kalo la berlaku lagi, aku terpaksa la guna kuasa veto aku, membebel dan marah bdk2 nih.

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

Petikan daripada Berita Harian, Terkini 080709...

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu


PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.

Chapter 6: Nutrition.

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Untuk subtopic 6.14 dan 6.15 chapter 6: nutrition (Biology Form4), saya telah upload dalam blog ini...anda boleh download nota tersebut dari link di bawah...Semoga dengan nota yang disediakan ini dapat membantu pemahaman anda dalam tajuk ini....Sekian.

6.14: Technology Used in Food Production

6.15: Technological Development in Food Processing

SEMAKAN SIDANG KONVOKESYEN UKM KE-37

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Buat teman-teman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) umumnya, Para Prasiswazah 2009 Fakulti Pendidikan (FPENDUKM) khasnya, Anda boleh mulai semak tarikh sidang konvokesyen mulai 11 Julai 2009 di laman http://www.ukm.my/konvo. Harap maklum...Terima kasih.

Just for U...

Oreta awai tsubasa

(Your fragile, folded wings)

Kimi wa sukoshi aosugiru, sora ni tsukareta dake sa

(Are just tired from the pure blue sky)


Mou dareka no tame janakute

(You don’t have to force your smiles for anyone)

Jibun no tame ni waratte ii yo

(It’s okay to smile…for yourself)

Izen toshite shinobiyoru kodoku

(That lonely feeling keeps creeping up on me)

Uchigawa ni tomaru rousoku

(A single candle burns still inside)


Nigiwau ba ni koukana, shandaria to wa urahara ni

(There shouldn’t be an expensive chandelier in a wild place like this)

Tarinai kotoba no kubomi, wo nanide umetaraiin darou

(Can i really bury it all with empty words)


Mou wakaranai yo

(I don’t even know anymore…)

Semete yume no nake de, jiyuu ni oyogetara

(As long as we can swim freely in our dreams)


Anna sora mo iranai no ni

(We won’t need that sky anymore)

Kinou made no koto wo

(Even if you can’t let go of the past)

Nuritsubusana kutemo, asu ni muka eru no ni

(I’ll still be there to meet you tomorrow)


Oreta awai tsubasa

(Your fragile, folded wings)

Kimi wa sukoshi aosugiru, sora ni tsukaredake sa

(Are just tired from the pure blue sky)


Mou dareka no tame janakuteJustify Full

(You don’t have to force your smiles for anyone)

Jibun no tame ni waratte ii yo

(It’s okay to smile…for yourself)

KuCing-kuCingku






Fotosintesis.

Fotosintesis.

Fotosintesis adalah satu proses dimana tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk memecahkan molekul air melalui proses fotolisis air untuk menghasilkan molekul oksigen untuk dibebaskan kea lam sekitar. Tindak balas ini berlaku di granum tumbuhan hijau dan berlaku di waktu siang yang mana dikatakan mekanisma tindakbalas cahaya. Manakala di waktu malam, fotosintesis tetap berlaku di mana ion-ion hidrogen dan elektron dari fotolisis air serta tenaga yang terhasil di gunakan untuk mekanisma tindakbalas gelap. Mekanisma ini berlaku di dalam stroma kloroplas.


Persamaan perkataan di tunjukkan seperti di bawah:

Air + Karbon dioksida → Glukosa + Oksigen


Persamaan Kimia di tunjukkan seperti dibawah:

6H2O + 6CO2 → C6H12O6 + 6O2


Hasil glukosa ini kemudiannya ditukarkan kepada bintil-bintil kanji yang akan di jumpai dalam stroma kloroplas. Untuk menguji sama ada fotosintesis berlaku atau tidak, satu eksperimen akan dijalankan di mana daun akan direndam dalam air mendidih selama 5 minit bertujuan untuk membunuh sel tumbuhan tersebut dan juga untuk memecahkan dinding sel. Kemudian, daun tersebut di rendam di dalam tabung didih yang berisi etanol yang direndam di dalam air panas. Tujuannya adalah untuk melarutkan klorofil. Akibat dari rendaman dalam etanol, daun menjadi keras, maka daun tersebut perlu dilembutkan dengan menggunakan beberapa titik air suling. Kemudian pindahkan daun tadi ke atas jubin putih dan letakkan beberapa titis larutan iodin yang berwarna kuning. Sekiranya warna kuning iodin bertukar menjadi biru gelap, maka boleh dikatakan bahawa kanji terdapat di dalam daun hijau bagi hasil fotosintesis.

Bagi sesetengah tumbuhan yang mana daunnya tidak sepenuhnya berwarna hijaun kadang kala merah atau lain-lain warna, ini tidak bermakna bahawa kawasan yang tidak berwarna hijau itu tidak mengandungi kloroplas. Kehadirannya dalam kuantiti sedikit. Daun ini dikenali sebagai daun variegasi. Contoh-contoh daun yang sempat di tangkap tadi, saya paparkan bersama di bawah artikel ini. Terima kasih.



Daun Hijau Sepenuhnya:




Daun Allamanda


Daun Bervariegasi:






Dulu-dulu kalau join main ngan budak pompuan, ni la ikan yang kami masak...hahahahaha