Pages

Chapter 7 : Dynamics

To all students 2 Delima and 2 Intan.

New notes will be use on 26th July 2010


Download here:
Chapter 7 : Dynamics

Mangsa Dera Permas Jaya - Dianggap Bawa Sial

Oleh Mary Victoria Dass

2010/07/2010

JOHOR BAHRU: Umpama hidup di neraka. Begitulah derita seorang anak kecil dianggap sebagai ‘pembawa sial’ sehingga dilayan umpama hamba abdi oleh bapa saudara termasuk dirantai seperti anjing, didera dan dipaksa makan nasi berlauk cili padi serta serbuk kunyit hampir setiap hari.

Lebih memilukan, akibat perbuatan zalim itu, kanak-kanak perempuan terbabit, S Thilagawati, 10, mengalami lebih lima kesan melecur di bahagian kiri dan kanan tangan, kesan tumbukan di muka, pergelangan tangan bengkak selain dipercayai mengalami keretakan tulang.

Penderitaan kanak-kanak perempuan itu bermula selepas ibu kandungnya melarikan diri bersama teman lelaki sejurus kematian bapanya mengakibatkan mangsa mendapatkan ihsan bapa saudaranya yang juga adik kandung ibunya.

Bagaimanapun, perbuatan kejam bapa saudara terbabit terbongkar pagi semalam apabila kanak-kanak itu membuka rantai berkenaan dan meminta bantuan keluarga jiran untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, bertindak berdasarkan maklumat orang ramai, beberapa anggota polis dari Balai Permas Jaya menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah teres di Jalan Permas 1/11, Taman Permas Jaya, dekat sini, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Beliau berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui tidak bermaya di bahagian dapur dan hampir semua anggota badannya mempunyai kesan kecederaan lama dan baru.

Menurutnya, polis menemui rantai dan mangga dipercayai digunakan bagi mengelakkan kanak-kanak itu melarikan diri, selain kunci serta salur paip plastik.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak itu tidak diberi makan penjaganya. Ketika tindakan menyelamat mangsa dilakukan, kakinya tidak dirantai tapi terdapat kesan luka baru dan lama di tubuh mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis menemui rantai dan mangga dipercayai digunakan bagi mengelakkan kanak-kanak itu melarikan diri, selain kunci serta salur paip plastik.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak itu tidak diberi makan penjaganya. Ketika tindakan menyelamat mangsa dilakukan, kakinya tidak dirantai tapi terdapat kesan luka baru dan lama di tubuh mangsa,” katanya.

“Polis masih menjalankan siasatan dan setakat ini, tiada tangkapan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, kanak-kanak berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurutnya, doktor mengenal pasti kesan melecur di bahagian kiri serta kanan tangan dan pergelangan tangannya bengkak.

Beliau berkata, pemeriksaan X-Ray terhadap kanak-kanak itu mendapati dia mengalami keretakan tulang dipercayai akibat kesan penderaan terhadapnya.

Katanya, maklumat diperoleh kanak-kanak berkenaan tidak mengalami masalah mental dan dia pernah bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Aminah, sebelum ini.

“Ibu kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai pembersihan mengunjunginya di wad kanak-kanak di HSA dan tidak menyangka anak ketiga daripada empat beradik itu mengalami nasib malang,” katanya.

Perlawanan Persahabatan : Bola Sepak MSSD Pasir Gudang 2010

Terkini:

10 Julai 2010
SMK Permas Jaya 2 vS SMK Permas Jaya 3 : 5-0

17 Julai 2010
SMK Permas Jaya 2 vS SMK Taman Molek : 2-0
SMK Permas Jaya 2 vS SMK Permas Jaya 3 : 1-2

18 Julai 2010
SMK Permas Jaya 2 vS SMK Permas Jaya 1 : ? -?
800 Pagi bertempat di Padang SMK Permas Jaya 2....

Terima kasih di atas penyertaan dan kerjasama yang dijalinkan.... Jumpa perlawanan pada 26hb Julai 2010....

Sori, gambar tak sempat nak snap...next time k...
Notes for 1 Berlian and 1 Nilam SMK Permas Jaya 2
Science Chapter 6 : Sources Of Energy
will be used on 19th July 2010


Download here:
Chapter 6 : Sources of Energy

Chapter 6 : Air Pressure

To my students, 2 Delima and 2 Intan...New notes for download by all of you. Will be use start on 19th July 2010

Click here for download
Chapter 6 : Air Pressure

Chapter 5: The Air Around Us

To all my students, 1 Berlian and 1 Nilam

Download here:
Chapter 5 : The Air Around Us

Chapter 5 : Water And Solution

To all my students, 2 Delima and 2 Intan