New notes will be use on 26th July 2010
Download here:
Chapter 7 : Dynamics
JOHOR BAHRU: Umpama hidup di neraka. Begitulah derita seorang anak kecil dianggap sebagai ‘pembawa sial’ sehingga dilayan umpama hamba abdi oleh bapa saudara termasuk dirantai seperti anjing, didera dan dipaksa makan nasi berlauk cili padi serta serbuk kunyit hampir setiap hari.
Lebih memilukan, akibat perbuatan zalim itu, kanak-kanak perempuan terbabit, S Thilagawati, 10, mengalami lebih lima kesan melecur di bahagian kiri dan kanan tangan, kesan tumbukan di muka, pergelangan tangan bengkak selain dipercayai mengalami keretakan tulang. Menurutnya, polis menemui rantai dan mangga dipercayai digunakan bagi mengelakkan kanak-kanak itu melarikan diri, selain kunci serta salur paip plastik.
“Siasatan mendapati, kanak-kanak itu tidak diberi makan penjaganya. Ketika tindakan menyelamat mangsa dilakukan, kakinya tidak dirantai tapi terdapat kesan luka baru dan lama di tubuh mangsa,” katanya.
“Polis masih menjalankan siasatan dan setakat ini, tiada tangkapan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar berkata, kanak-kanak berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Menurutnya, doktor mengenal pasti kesan melecur di bahagian kiri serta kanan tangan dan pergelangan tangannya bengkak.
Beliau berkata, pemeriksaan X-Ray terhadap kanak-kanak itu mendapati dia mengalami keretakan tulang dipercayai akibat kesan penderaan terhadapnya.
Katanya, maklumat diperoleh kanak-kanak berkenaan tidak mengalami masalah mental dan dia pernah bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Aminah, sebelum ini.
“Ibu kanak-kanak berkenaan bekerja sebagai pembersihan mengunjunginya di wad kanak-kanak di HSA dan tidak menyangka anak ketiga daripada empat beradik itu mengalami nasib malang,” katanya.