Pages

kEjoHanaN oLahraGa SMK PerMaS Jaya 2, 2010

Kejohanan olahraga SMK Permas Jaya 2 (SMKPJ2) berlangsung semalam iaitu 25 hb Februari 2010...Acara yang dipertandingkan semalam ialah larian 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter, 8 X 50 meter (bagi acara guru) dan pertandingan akhir tarik tali....Kira kemuncak kejohanan la hari ini.. Coz sebelum ni dah ada acara-acara sebelum sukan ni, iaitu pada 6hb Februari 2010 untuk Larian Permas.... Untuk Larian Permas nih, Pasukan Rumah Atlantis (rumah biru) menang mengalahkan rumag Discovery ( rumah kuning), rumah Columbia (hijau) dan Rumah Soyuz (merah)..Fullamak, cayalah anak buah cikgu mengharumkan Rumah Atlantis...Bangga cikgu duk sekali dalam pasukan Rumah Atlantis...Go Go Atlantis....

Sambungan seterusnya pada 12 Hb Februari untuk acara Sukantara iaitu larian 50 meter setiap pelajar dari setiap rumah dalam mengumpul mata untuk rumah masing-masing....selain 50 meter, acara yang dipertandingkan ialah Lompat jauh...Terkilan jugak, Atlantis kalah untuk pelajar sidang petang, tapi sidang Pagi Atlantis menang k....Tapi secara purata, Columbia mengaut kemenangan sukantara kali ini....

Isnin - Rabu 22 hb - 24 Hb Februari lak ada acara sebelum suka dan raptai perbarisan...biasala, acara-acara yang biasa-biasa jer seperti lompat jauh, lontar peluru, lontar cakera, lompat tinggi, rejam lembing dan sebagainya...tapi disini, dia tak bagitau keputusan....Selama 3 hari ni guru-guru berkampung kat sekolah dari pagi sampai la petang coz ada guru petang bertugas tuk acara sebelah pagi ada guru pagi bertugas tuk acara petang...so penat la jugak minggu ni..Rabu la paling penat, semua guru berkampung sampai malam dalam menyiapkan khemah rumah dan hiasan rumah masing-masing..Atlantis menggunakan tema laut yang kaya dengan ikan dan spesies lain.....Penat la wes ari rabu..aku balik jam 11 malam...

Hari kejohanan iaitu Hari Khamis, datang pagi, menyiapkan khemah VIP coz aku kena bertugas tuk unit teknikal..sedey gak, penolong aku tak wat keje, Quarter master pun tak der jugak..sib baik la ada budak2 yang aku kebal..thanx sudi tolong cikgu...Pas siapkan khemah VIP, siapkan pelajar2 yang mnyertai perabriasn tuk rumah biru.,.ni idea last minit, tu yang kalah tuk kategori perbarisan..coz rancangan asalnya, ada cikgu tu sanggup nak wat perbarisan nih, pastu sehari sebelum kejohanan dia cakap tak leh wat,....adusm kesian cikgu Huda, dia mintak tolong aku la, idea apa yang nak wat, so jadi bidan terjun, tuk jadi sesuai dengan tema laut, aku pilih Tema nelayan...Pastu dia punya maskot lak, puteri duyung nama avatar, so mekap cam avatar la bdk tuh..hahahaha...siap dengan tandu lagi..tapi bukan rezeki kami tuk menang...nak wat camne...aku pun dah terfikir ni, tahun depan tema angkasa lepas la pulak..hehehehe....Rumah soyuz maskot semut, rumah hijau ninja turtle dan maskot rumah kuning lak manggo man....

Akhir kejohanan, rumah atlantis di umum menang untuk johan pasukan sorak rumah...Cayalah Maria...Hah lupa, nak cerita yang larian 8 X 50meter bagi acara guru, asalnya nama aku yang kena lari tuk acara ni, tapi cikgu Hadi nak lari tuk acara ni..Buat pengetahuan semua, Setiap rumah ada 2 orang Cikgu laki sahaja kecuali Rumah discovery jer yang ada cikgu lelaki.... Cikgu laki ni sorang pagi dan sorang petang...Dan acara ni, hanya guru laki soarang jer tu pun peserta yang terakhir....Aku nak lari tapi cikgu Hadi nak lari, takper la, tahun depan la....Budak-budak pun nak tengok aku lari, terkenang masa saat kegemilangan aku zaman sekolah dulu, acara feveret, 100 meter..huhuhuhu...tapi takper, walaupun hadi bertubuh besar, Rumah Atlantis menang dengan tempat kedua....Tambahan dengan Kak Deline dan Maria orang Sarawak Iban memang laju lari..siot aku tengok..tengok kak deline tu dah tua, Fullamak, laju gila lari....hahahahaha.....Pertandingan tarik tali lak johan jatuh ke Rumah Atlantis dengan 2-1..Padan muka Columbia..hahahaha..Tapi Akhirnya Kejohanan Olahraga keseluruhan, Columbia menang keseluruhan....waaa...sedey-sedey....Tempat Kedua Discovery, tempat ketiga Atlantis dan akhir Rumah Soyuz....

Tahun depan kita bersua kembali yer sukan...tak sabar nak tebus kekalahan...hahahaha

Lamanya........

hohohoho..lama sungguh aku tak update blog..hahahaa...aku ni dapat update blog ni pun masa cuti kat umah ni...balik seminggu kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina 2010....

Alkisah yan aku tak dapat online, ini kerana, aku ngajar petang....Walau bagaimanapun, aku kena g sekolah pagi kerana, ada latihan rumah sukan dan latihan bola sepak tuk pelajar bawah 15 tahun...Buat makluman, aku adalah guru Rumah Sukan Atlantis, so, setiap minggu ada latihan rumah sukan...Selain dari itu, aku juga penasihat kepada Pasukan Bola Sepak Lelaki bawah 15 tahun..huhuhuhu..kalo dapat rehat pun, sebelah malam pas makan malam..hehehe....Hujung minggu lak dapat rehat...Sabtu lak ada Latihan Kawad Kadet Polis..Wallamak...pakai baju polis siot..hehehe..so boleh di katakan aku busy sepanjang minggu setakat ni....So, sori la kepada teman-teman dan anak-anak murid ku, kerana tak dapat men blog, friendster dan facebook....Ni insyaAllah, aku dapat ber'online' dengan lebih baik pas raya cina nanti....Masa cuti ni nak siapkan modul pengajaran tuk setahun... Sekarang dah kurang masalah di sekolah..dah mula membiasakan diri aku...

So, semoga berjumpa lagi...Assalamualaikum....