Pages

@28 of deCemBer

Alhamdulillah setahun sudah masa berlalu....Tanggal 28hb Disember 2009, satu tarikh keramat dimana diri ini bergelar seorang pendidik di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor...SMK Permas Jaya 2 menjadi tempat pertama ku sebagai pendidik yang akan mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna di mata negara.

28hb Disember 2009, urusan lapor diri selesai, tugas mencari rumah sewa juga selesai di mana aku menginap di sebuah rumah flet yang dipanggil Flat Seksyen 7....Urusan membersih rumah dilakukan bersama keluarga tercinta, ma, abah, dan iqa....29hb mula bermesyuarat di sekolah sehingga tarikh 30hb....Keluarga juga pulang ke kampung pada 30hb....Jika sebelum ini aku bersendirian di rumah ini, pada awal bulan 1, teman sekolah yang baru mendaftar menumpang di rumah ini....Kemudian beliau berpindah ke rumah teres di taman yang sama....Buat makluman, aku hanya tinggal di flet ini selama satu bulan sahaja, krisis dengan tuan empunya rumah yang ingin menjual rumah ini.....Semasa tinggal disini, perjalanan kesekolah adalah menaiki teksi.

29hb Januari 2010, mula berpindah ke rumah teres kawan aku tadi....Hanya menumpang selama 3bulan....dalam tempoh ini lah ku dapat kereta baru ku PERSONA SE....no more taxi ke sekolah..hehehhehe....Banyak yang berlaku dirumah ini....kereta ku tercalar yang dilanggar kereta jiran yang tiada lesen, alih2 aku pulak kena ganti kereta dia...dah la datang marah2 malam buta....anak dia tiada lesen naik kete, aku pulak yang disalahkan....Konflik dengan teman serumah yang bukan jenis pengemas membuatkan aku mula mencari rumah baru sekitar Permas 1....

15hb April 2010, mula tinggal di Permas 1...Tinggal bersendirian itu lebih baik dan best berbanding dengan tinggal beramai2....Di rumah ini lah semua kelengakapan rumah dibeli..seperti TV, kerusi dan lain-lain..baru la nampak macam rumah....huhhhuhuu....walaupun jauh sedikit dari sekolah, tapi berbaloi, keselesaan ku dapat....lagipun ramai jugak pelajar2 SMK Permas Jaya 2 tinggal berdekatan situ...

Kalau nak diikutkan hati, banyak benda yang aku ingin aku tulis disini, kenangan hari sukan, hari guru, hari koko, dan lain-lain...tapi terlalu panjang untuk diceritakan.

Sebagai akhiran, kenangan yang tak dapat dilupakan adalah, anak didik ku seramai 29orang satu kelas (1Berlian) mendapat A dalam matapelajaran ku ajar (Sains)....Dan 2 Delima seramai 5 org dan 2Intan seorang dapat A....Satu pengalaman yang cukup manis..tapi apakan daya, ramai dapat A pun salah...dituduh menipu membocorkan soalan akhir tahun....mentang2 la aku ni mengedit soalan...aku pulak yang dituduhnya....asam garam cikgu2....biasa la..depan kata bukan dengki...padahal dalam hati siapa yang tahu...buat makluman semua, aku tidak bcorkan soaln, cuma aku buat perbincangan dengan pelajar menggunakan soalan2 cikgu tersebut kasi kat aku, then aku discuss 2 3 4 kali sebelum peperiksaan..biar je la...mentor ku Teacher Faridah suruh aku buat sembahyang hajat...so aku buat, mudah-mudahan cikgu2 tersebut sedar akan kesilapan mereka...Teacher Faridah pesan, dia pun ada kes begini jugak, dia solat hajat, alih2 cikgu yang memfitnah dia tuh ditangkap khalwat....aku bukan mendoakan mereka begitu..tapi harap jagn hidup dengki dengan org lain...walaubagaimanapun, aku gembira dapat pelajar2 seperti mereka....Oh ya, selain ajar sains, aku juga mengajar Pend Sivik...Wah, yang ni pun ramai A...seramai 21 org dapat A tuk 1Baiduri...tuk 1Jed lak 2org dapat A..padan la, 1Jed kelas yang terakhir...

So, kini, tarikh 28hb Disember mula kembali lagi....Setahun sudah berlalu....Cabaran mula kelihatan...Apa-apa pun, berkhidmat untuk negara....Buat teman seposting, Nik Azlan, Qistina, Safiah, Wan, Azura, Wong, Kak Yana, Huda, Aini, Shaliha, Kak Siti, Maria dan Atiqah....Selamat Ulang tahun menjadi Guru....Setahun berlalu menjadikan kita sebagai guru yang berdedikasi terhadap anak2 bangsa kita....Harap ditahun hadapan, bekerja lagi dengan lebih baik....

Sekian.....

2 comments:

Sitie BUm BUm said...

kite pon nak amik KPLI pasni..nak jadi cikgu