Pages

Tahniah...

BN rampas Parlimen Hulu Selangor


2010/04/25

KUALA KUBU BHARU: Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.

Pengumuman keputusan penuh pilihan raya kecil itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, tepat jam 9.15 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor, di sini.

Kamalanathan yang juga Ketua Penerangan MIC Pusat memperoleh 24,997 undi manakala Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 23,272 undi. Pada penamaan calon 17 April lalu, turut bertanding adalah Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor, V S Chandran dan peniaga, Johan Mohd Diah, masing-masing calon Bebas tetapi menarik diri pada hari kedua berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR yang meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

MasJid Kristal Cuti Tahun Baru Cina






JOM LAYAN GAMBAR EK....

Kereta Ku Eksiden

Waaaaaaaaaa... Nak nangis kete aku tercalar balar semalam...Bukan dari perbuatan student...tapi kes lain..waaaaa....Semalam, aku g sekolah, nak cat bengkel....Yer la kan, dah jadi guru KH ni, mesti ada bengkel sdri..so aku g semalam kemas-kemas bengkel dan cat ari ni...semalam, lepas kemas2 bengkel ngan students aku semalam, aku ajak la si Fakhrul Afiq yang comel dan si Hafizie tengok wayang citer Alice in Wonderland.... So, takkan la nak g ngan pakaian yang busuk, so balik dlu. Budak-budak ni pun bawak baju laen....So, balik umah dlu bwak budak-budak ni datang umah. Masa nak park kete persona se aku tuh, umah aku kan berbukit sket, so kereta aku tergostan dengan sendirinya....sreeeeeeeeeeeet bunyi...apa kejadahnya pulak ni. ingat kete aku terlanggar tong sampah kat tepi tuh coz, masa tergostan tuh, mane ada kenderaan. Kalo ada kenderaan pun, mesti bunyi punya alarm aku....bila masa ada kete aku pun tak tahu...

So aku trun la, Ya Allah, ada kete seret kete aku...Jiran aku gak, kemek kete dia, Yer la kete dia buruk...sian dia. Bdk baru dapat lesen... Aku tanya student aku, camne leh jadi gini, diaorang cakap kete tu tak brenti masa kete aku tergostan, pastu bwak lak laju. Yer la salah jugak dia, sepatutnya dia kene brenti gak kalo nampak kete lain tergostan. lagipun ni taman perumahan, masuk line orang laen lak tuh. dia bukan duk line dia, dia masuk line orang....waaaa....aku dah nak nangis, yer la, kete aku punya la jaga takut tercalar...ni jadi camni lak..dia pun gelabah...so malas nak fkir, aku tinggalkan dia, ajak budak2 ni masuk umah. aku mandi, diaorang tukar baju kat bawah.....

Then pastu g Proton service, tanya harga nak sembur balik., mak aih, kena RM450 tu pun dalam 2 ari baru siap..biar la cik, 2 ri ag saya antar..hehehee....then g Jusco Tebrau, ronda2 dan tengok wayang citer Alice in Wonderland...Tapikan, aku dalam hati sangat2 sedey sal kete tuh, tapi tak kan na tunjuk depan student....Oh yer, cite alice aku bagi 4 bintang....dia garap cite sambungan dari cite masa alice kecik dlu. Cuma yang ni cite dia dah besar...Korang mesti dah tgk cite dia masa kecik dlu....

Pastu, g Pelangi mall, si Fakhrul ajak jumpa ayah dia. Ayah dia yang tolong polish kete aku...Alhamdulillah tak nampak dah calar...cuma ada kesan jer la..tapi tak nampak pun..hehehe....Thanx encik Fadzil.....Pastu ronda-ronda Pelangi Mall dan kendian keluar, g jalan-jalan Danga Bay...waduh 3kali termasuk yang ni aku..cuma kali ni, aku bawak student aku dan belanja diaorang men matterhorn dan bumper car...seronok tgk diaorang men...diaorang dah jadi macam adik-adik aku dah....dlu aku g danga tak maen..malu ngan kawan-kawan matle yang pompuan dan kali kedua g ngan geng cikgu skolah pun tak maen coz malu ngan sorang awek..hehehe...ni kali ni g ngan fakhrul dan hafizie, aku maen matterhorn....bumper car tak men...bagi diaorang..hehehehe.....

Pastu hantar diaorang balik umah.....Ucap thanx kat mak bapak diaorang bagi anak diaorang keluar ngan aku....thanx akak2 dan abang2, terutama cik fadzil kerana tolong saya sal kete tuh...Balik umah, mandi, nak pakai baju, terkejut ya ampun, orang ketok pintu umah aku gegar2 gril cam nak gaduh, trun la tgk pas pakai baju tapi tak sempat pakai sluar, pakai towel jer....Memang gaduh pun, tapi kita be professional k, dia cam nak marah, tapi aku cakap la, istighfar banyak2...Then explain la....sib baik dia down sket....Alhamdulillah...Ya Allah, alhamdulillah kuasa dari-Mu Ya Allah..lepas explain, aku yang kena bayar..waaaaaa....sedeynya, aku lak kena....diaorang tuh bapak bdk tuh dan pakcik dia...diaorang cikgu skolah memandu..tu yang dia bgtau, tak tahu la betol ke tak....so masa bincang2 tuh, aku dah la sorang, pertama kali lak kena pulak tuh, so aku kalah dalam perbincangan..waaaa..dia mintak RM500...tapi aku cakap la, kira dua2 la salah....aku pun keluar RM450 gak nak cat kete aku tuh....tapi tak cat kot, bukannya nampak dah calar tuh.....so, kira-kira, dia bagi suruh bayar RM350....cakap la kat dia bayar pas dapat gaji..nak bayar sekarang pun bukannya ada duit...coz, gaji dah 3 bulan tak masuk....huhuhuhuhu..so, setel, next week masuk gaji, jumpa dia bayar..setel..masuk umah, then tdo....release tension....ni dah ok dah otak aku.,...so len kali lak aku cite benda lain..bye....

kEjoHanaN oLahraGa SMK PerMaS Jaya 2, 2010

Kejohanan olahraga SMK Permas Jaya 2 (SMKPJ2) berlangsung semalam iaitu 25 hb Februari 2010...Acara yang dipertandingkan semalam ialah larian 100 meter, 200 meter, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter, 8 X 50 meter (bagi acara guru) dan pertandingan akhir tarik tali....Kira kemuncak kejohanan la hari ini.. Coz sebelum ni dah ada acara-acara sebelum sukan ni, iaitu pada 6hb Februari 2010 untuk Larian Permas.... Untuk Larian Permas nih, Pasukan Rumah Atlantis (rumah biru) menang mengalahkan rumag Discovery ( rumah kuning), rumah Columbia (hijau) dan Rumah Soyuz (merah)..Fullamak, cayalah anak buah cikgu mengharumkan Rumah Atlantis...Bangga cikgu duk sekali dalam pasukan Rumah Atlantis...Go Go Atlantis....

Sambungan seterusnya pada 12 Hb Februari untuk acara Sukantara iaitu larian 50 meter setiap pelajar dari setiap rumah dalam mengumpul mata untuk rumah masing-masing....selain 50 meter, acara yang dipertandingkan ialah Lompat jauh...Terkilan jugak, Atlantis kalah untuk pelajar sidang petang, tapi sidang Pagi Atlantis menang k....Tapi secara purata, Columbia mengaut kemenangan sukantara kali ini....

Isnin - Rabu 22 hb - 24 Hb Februari lak ada acara sebelum suka dan raptai perbarisan...biasala, acara-acara yang biasa-biasa jer seperti lompat jauh, lontar peluru, lontar cakera, lompat tinggi, rejam lembing dan sebagainya...tapi disini, dia tak bagitau keputusan....Selama 3 hari ni guru-guru berkampung kat sekolah dari pagi sampai la petang coz ada guru petang bertugas tuk acara sebelah pagi ada guru pagi bertugas tuk acara petang...so penat la jugak minggu ni..Rabu la paling penat, semua guru berkampung sampai malam dalam menyiapkan khemah rumah dan hiasan rumah masing-masing..Atlantis menggunakan tema laut yang kaya dengan ikan dan spesies lain.....Penat la wes ari rabu..aku balik jam 11 malam...

Hari kejohanan iaitu Hari Khamis, datang pagi, menyiapkan khemah VIP coz aku kena bertugas tuk unit teknikal..sedey gak, penolong aku tak wat keje, Quarter master pun tak der jugak..sib baik la ada budak2 yang aku kebal..thanx sudi tolong cikgu...Pas siapkan khemah VIP, siapkan pelajar2 yang mnyertai perabriasn tuk rumah biru.,.ni idea last minit, tu yang kalah tuk kategori perbarisan..coz rancangan asalnya, ada cikgu tu sanggup nak wat perbarisan nih, pastu sehari sebelum kejohanan dia cakap tak leh wat,....adusm kesian cikgu Huda, dia mintak tolong aku la, idea apa yang nak wat, so jadi bidan terjun, tuk jadi sesuai dengan tema laut, aku pilih Tema nelayan...Pastu dia punya maskot lak, puteri duyung nama avatar, so mekap cam avatar la bdk tuh..hahahaha...siap dengan tandu lagi..tapi bukan rezeki kami tuk menang...nak wat camne...aku pun dah terfikir ni, tahun depan tema angkasa lepas la pulak..hehehehe....Rumah soyuz maskot semut, rumah hijau ninja turtle dan maskot rumah kuning lak manggo man....

Akhir kejohanan, rumah atlantis di umum menang untuk johan pasukan sorak rumah...Cayalah Maria...Hah lupa, nak cerita yang larian 8 X 50meter bagi acara guru, asalnya nama aku yang kena lari tuk acara ni, tapi cikgu Hadi nak lari tuk acara ni..Buat pengetahuan semua, Setiap rumah ada 2 orang Cikgu laki sahaja kecuali Rumah discovery jer yang ada cikgu lelaki.... Cikgu laki ni sorang pagi dan sorang petang...Dan acara ni, hanya guru laki soarang jer tu pun peserta yang terakhir....Aku nak lari tapi cikgu Hadi nak lari, takper la, tahun depan la....Budak-budak pun nak tengok aku lari, terkenang masa saat kegemilangan aku zaman sekolah dulu, acara feveret, 100 meter..huhuhuhu...tapi takper, walaupun hadi bertubuh besar, Rumah Atlantis menang dengan tempat kedua....Tambahan dengan Kak Deline dan Maria orang Sarawak Iban memang laju lari..siot aku tengok..tengok kak deline tu dah tua, Fullamak, laju gila lari....hahahahaha.....Pertandingan tarik tali lak johan jatuh ke Rumah Atlantis dengan 2-1..Padan muka Columbia..hahahaha..Tapi Akhirnya Kejohanan Olahraga keseluruhan, Columbia menang keseluruhan....waaa...sedey-sedey....Tempat Kedua Discovery, tempat ketiga Atlantis dan akhir Rumah Soyuz....

Tahun depan kita bersua kembali yer sukan...tak sabar nak tebus kekalahan...hahahaha

Lamanya........

hohohoho..lama sungguh aku tak update blog..hahahaa...aku ni dapat update blog ni pun masa cuti kat umah ni...balik seminggu kelantan sempena cuti Tahun Baru Cina 2010....

Alkisah yan aku tak dapat online, ini kerana, aku ngajar petang....Walau bagaimanapun, aku kena g sekolah pagi kerana, ada latihan rumah sukan dan latihan bola sepak tuk pelajar bawah 15 tahun...Buat makluman, aku adalah guru Rumah Sukan Atlantis, so, setiap minggu ada latihan rumah sukan...Selain dari itu, aku juga penasihat kepada Pasukan Bola Sepak Lelaki bawah 15 tahun..huhuhuhu..kalo dapat rehat pun, sebelah malam pas makan malam..hehehe....Hujung minggu lak dapat rehat...Sabtu lak ada Latihan Kawad Kadet Polis..Wallamak...pakai baju polis siot..hehehe..so boleh di katakan aku busy sepanjang minggu setakat ni....So, sori la kepada teman-teman dan anak-anak murid ku, kerana tak dapat men blog, friendster dan facebook....Ni insyaAllah, aku dapat ber'online' dengan lebih baik pas raya cina nanti....Masa cuti ni nak siapkan modul pengajaran tuk setahun... Sekarang dah kurang masalah di sekolah..dah mula membiasakan diri aku...

So, semoga berjumpa lagi...Assalamualaikum....