Pages

Temuduga & iNsak....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...lama tak update blog...keje bertimbun dengan wat soalan tuk pelajar tuisyen....depa nak exam minggu depan...so bantu la yang mane patut...hanya kumpulkan soalan form4 sahaja....then wat persediaan untuk temuduga dan ujian insak pada 28 oktober 2009.

So, ari ni 28 oktober 2009, setelah lama menanti, akhirnya nama ku dipanggail untuk ditemuduga bersama teman2 lain pada 28 oktober 2009 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) negeri kelantan d pengkalan chepa...ada jugak teman2 yang kena di kawasan sebelah iaitu sekolah teknik pengkalan chepa....

Hari, sudah lama tidak ketemu rakan2 seperjuangan ukm. dalam pertemuan untuk sesi ujian insak dan temuduga ini, antaranya ialah Nor, Zaid, Tuan, Zam, Shahrul, dan lain2....ada juga teman dari universiti lain.

Ujian insak bermula jam 850 pagi dan berakhir 30 minit kemudian dengan semua calon dikehendaki menjawab 135 soalan...Suatu cabaran untuk kami semua. Aku sendiri pun, masa yang tinggal lagi 2minit, aku masih tidak siap, dalam soalan 130 baru...Punya la berdegup kencang jantung semasa si pengawas buat pengumuman..tertekan rasanya...hahahaha

Usai ujian insak, calon-calon dikehendaki menghadiri sesi temuduga. Nor di panel 3..aku, zam,zaid, shahrul di panel 1...Alhamdulillah panel 1 ni tidak la strict sangat...Terima kasih ye encik...

Nak cerita la jugak sesi temuduga aku, kot2 leh jadi panduan untuk adik2 junior dan rakan2 yag akan interview next week lak....Penemuduga mohin aku ceritakan latar belakang aku masa mereka tengah menulis maklumat diri aku pada borangnya....so, cerita la aku dari A sampai Z...aku tengok kat dia, aih, masih menulis...ape aku nak cakap ag...lepas tuh, dia kater dah abis, ye encik, ok, Saudara Muhamad Shahroom Admiey, apakah maksud bioteknologi?..aku penuh yakin menghuraikan semua kerana biotek ni aku baru jer mengajar pelajar form 4 biologi untuk chapter 6...huhuhu..Alhamdullilah...Soalan kedua, kenapa kerajaan menggalakkan bioteknolgi...ini kerana bla..bla..bla...aku sendiri pun tak ingat apa yang aku jawab..tapi jawapan aku bernas dan tepat kerana aplikasi DNA dan rekombinan plasmid membantu aku....Soalan ketiga, aplikasi bioteknolgi terhadap pokok padi...Alhamdulillah aku lancar menjawabnya..

Soalan keempat, apa itu kekreatifan? dan bagaimana hendak digunakan dalam bilik darjah...Sekali lagi aku dapat menjwab dengan yakinnya...

Alhamdulillah Ya Allah, Kau memudahkan urusan aku...Moga aku berjaya dalam temuduga ini....Teman2, doakan kejayaan aku dalam mengejar cita2 sebagai guru yang cemerlang..Amin...

PENGREDAN SPM MULAI 2009

PERUBAHAN SISTEM PENGGREDAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) MULAI TAHUN 2009

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. Perubahan ini melibatkan penambahan Gred A+ yang lebih tinggi daripada gred tertinggi sedia ada 1A. Gred-gred lain diubah seperti jadual berikut:



3. Adalah menjadi tanggungjawab Pengetua dan pengurus sekolah memberikan penjelasan yang secukupnya berhubung sistem penggredan baru kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009. Ini adalah penting kerana urusan permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun kemasukan 2010 akan mengguna pakai sistem penggredan baru ini.

4. Sila memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada semua pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan semua pengetua di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Sekian. Terima Kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

Diterbitkan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat

MeJa StUdy Ku...

TeNgok KepaDa taJUk, Meja StuDy Ku...daH abiS blaJa pun maSiH stuDy ker? TaK Lah, MeJa Ni memaNg duK DaLam biLik aku dari aKu SPM 2003 ag....ni seKaRang diguNakan tuK letak Laptop and buKu2 tuk meNgaJar....Dan JuGa seBagAi teMpat ku MeNulis dan Check BaHan mengajaR....



ni meja aku....



Ni sebahagian koleksi karakter kartun
yang aku suka....Tom n jerry tak jumpa ag.....

PeSta Pantai 2009 - PaNtai IraMa BaChok

JoM kiTa laYan gaMbar....








Align Left

LaWak la LaGu Ni....

Cam dah putus asa dah antara aku leh gambarkan lirik lagu nih....pepun, lagu ni best tuk di dengar...Tajuknya Cari Jodoh, nyanyian Wali Band...

Apa salahku apa salah ibuku
Hidupku di rundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Timur ke barat selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku temukan
Oh Tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

aku nak kerje.....

Aduyai...lambat la nak posting nih.....Cepat la posting wes.....tak best menganggur nih.....sekarang ni aku hanya mikirin nak kerje jer....nak cari duit yang banyak...waaaaa..lambatnya nak dapat pegang duit banyak..nak beli itu ini....lambat lagi ker wes...nak beli persona ah., warna putih lawa...hahahaha....besar sket..myvi kecik.....huhuhuhu....

Part time tuisyen ni brapa la sngt gajinya....nama dah part time..stakat 2 jam sehari....waktu lain amat membosankan...tengok tv..men game..online...skrg ngah gila main turtle odyssey2....lain2 kerje, wat analisis soalan percubaan spm 2009 dari setiap negeri..setakat ni yang ada Kelantan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor, Melaka dan Sabah serta SBP....only Kimia and Biology sahaja aku wat...kalo soalan subjek laen tak der la analisis...coz aku tak minat subjek lain coz aku bukan subjek2 itu...only Kimia n Biology sahaja yer.....Soalan subjek lain tu ada la...

Malam ni bertimbun mesej masuk dalam fon aku...ni masa taip blog ni pun berlambak orang mesej pasal posting....almaklum la, aku ni dlu kuat sgt kat pejabat Fakulti....depa ingat aku kaunter pertanyaan ker....takper..ada pahalanya tolong kwan2...tapi kawan2 ingat aku tak..ada contoh terdekat la...huhuhuhu..len kali cerita...malam ni macam2 aku dapat mesej...belum sahih atau tak....

secara umumnya, yang pertama, pasal posting ni, ada kawan2 yang tanya btol ker posting 2010 dibekukan? Mane la aku tahu....aku bukan orang KPM....woooooo...kalo andaikata dibekukan, naya la bdk Pendidikan UKM...masa borang online dlu dah isi....pastu senat u mesyuarat lambat tuk bdk2 yang tamat pengajian..lewat 2ari rasanya dari tarikh tutup online...tanya KPM masa lepas konvo ari tuh, dia kater Bulan 10 tmuduga kembali..waaaaa....ni dah bulan 10..tak der aper2 pun....yang kasihan kat bdk2 biasiswa KPM la...depa ni trikat ngan KPM..aku PTPTN, so tak trikat la...so aku dah apply online MARA ari tuh..moga2 aku dapat ngajar MRSM..insyaAllah..doakan aku semoga berjaya....

Yang kedua sal DIPLI and KPLI...ni entah dari mane tanya btol ke jugak dibekukan...lagi haru aku nak jawab...aku tak pernah amik DIPLI and KPLI..so aku tak tahu...macam la aku ni Menteri Pelajaran Malaysia nak jawa semua...haduyai....macam2....

Yang ketiga sal posting bdk2 yang dah tmuduga ari tuh..bila nak posting....tmuduga dah..tapi kater lepas raya dapat posting....ni dah lepas raya..sekali lagi aku jadi bengong sekejap...mane la aku tahu cik n encik semua..aku yang ni pun tak temuduga..korang yang dah tmuduga tuh, g la tepon kpm tanya status anda..waaaaaaaaaaaa....macam2 la mesej malam nih..last skali, jawab tak jawab jer....

Ok la..dah banyak membebel....Harap2, dapat cepat posting...Aku nak ngajar MRSM....tak sabar nak bergelar cikgu yang sepenuhnya.....nak ada status....Assalamualaikum