Pages

owh..Nooooooooooo!!!!!!!!!!

Entry kali ini nak menceritakan perkara yang mengejutkan yang telah berlaku pada hari ini... Peteng ini aku menerima banyak mesej dari pelajar ku. Mereka ini hari ini menghadapi peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 bagi matapelajaran Kimia Kertas 2 [p2]. Tapi ni antara Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1 Kota Bharu sahaja. Sekolah lain belum lagi menghadapi peperiksaan kimia.

Alkisahnya, antara pelajar2 yang mesej aku adalah Haniey, Inani, Bihah dan lain2. Mereka ini adalah pelajar ku dari Pusat Tuisyen Pakar Cawangan Pasir Hor. Peperiksaan Kimia P2 ari ni keluar sebijik cam soalan yang aku bagi kat mereka pada minggu akhir di Tuisyen baru ini. Niat di hati aku, aku wat soalan ini adalah sebagai latihan untuk perbincangan masa kelas tuisyen. Soalan tuh aku wat sdri. Hanya amik dari soalan2 tahun2 lepas dan soalan2 percubaan SPM 2009 dari setiap negeri. Memang aku wat ikut format peperiksaan siap dengan markah. Mereka tidak menyangka bahawa soalan aku buat untuk latihan ari tuh keluar sebijik cam soalan peperiksaan mereka hari ini. Kalo ada yang lain, sikit jer mereka kater. Tapi soalan esei memang sama.... Aku tak tengok ag soalan mereka. Tapi dapat tahu dari mereka sahaja. Aku pun tak percaya. Mereka pun tak percaya. Ada di antara mereka kater rugi tak belek semalam soalan yang aku kasi. Dan buat pengetahuan semua, soalan aku ni tersebar satu sekolah tuh. Aduyai

Peringatan. Apa yang cikgu buat soalan tu, adalah soalan yang mana cikgu buat SEMATA2 UNTUK LATIHAN kamu sekalian. BUKAN UNTUK SOALAN AKHIR TAHUN...Itu HANYA KEBETULAN SAHAJA....sebagai latihan persediaan kalian yang akan menempuhi peperiksaan. Lagipun, kalian ni baru 1st time menempuhi peperiksaan format SPM....Tahniah la kepada yang dapat menjawabnya. Takziah bagi yang tak dapat jawab... Hehehehe....Untuk KIMIA P1 dan KIMIA p3, serta BIO P1, P2,dan P3, soalan yang cikgu kasi ari tuh jugak sebagai latihan. Bukan soalan sebenar akhir tahun kalian.

Ok, assalamualaikum....

Gred BaRu... Merit Baru...SPM 2009

Assalamualaikum, sejajar dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM], yang mana memperkenalkan gred baru untuk membezakan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM mulai 2009, satu sistem merit gred akan dilaksanakan kepada calon2 spm 2009 ke atas...Merit ini akan digunapakai dalam sistem tajaan biasiswa dan kemasukan ke institusi pengajian yang lebih tinggi...walaubagaimanapun, lepasan spm 2008 kebawah masih mengekalkal sistem gred lama bagi membolehkan mereka dapat pengajian yang berterusan....Sila semak merit yang disediakan untuk setiap pecahan gred SPM 2009....


A+ = 18
A = 16
A- = 14
B+ = 12
B = 10
C+ = 8
C = 6
D = 4
E = 2
G = 0

BeFdaY GirL....

Jom kita layan gambar kek hari jadi sepupu ku yang ke-8 tahun..... Tak sesia aku tempah kek ni dari rakan aku...Thanx nor atas kekreatifan mu...So, kepada pengunjung blog ini, bagitau la rakan2, keluarga atau orang lain...kalo berminat, kontek ajer cikgu nor...klik kat follower nama Cikgu Nor..hehehe..Jom layan gambar...














PeNghaRgaaN bUat KoraNg.....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..... Tika blog ini ditulis, ia sudah menjadi tarikh yang baru iaitu 1 November 2009...Ketika dimana orang lain enak dibuai mimpi....Tapi takper, aku nak cerita hari terakhir aku di bulan Oktober 2009...31 Oktober 2009, suatu tarikh penamat untuk sesi tuisyen tahun 2009. Yakni, semua pelajar tidak ada tuisyen melainkan Tuisyen Midani...huhuhuhuhu....Ye la 2hb nanti kamu semua akan hadapi exam yer pelajar tingkatan 4. I wish u gud luck for ur final exam....

So tepat jam 530petang tadi tamat la sudah perkhidmatan aku sebagai guru tuisyen di beberapa buah pusat tuisyen. Bermula pada tamatnya adalah pada hari 27 Oktober di Pusat Tuisyen Al-Amin bagi pelajar2 biologi tingkatan empat...Mungkin saya akan sebutkan beberapa nama sahaja...ada yang tak ingat..hehehehe...Terima kasih untuk, Azmira, Tasnim, Fadilah, Nik, Ain, Maziah, Qilah, Khairi, Pijo, Akil, Amirullah, Tikah, Fikah dan Nani...Terima kasih cikgu ucapkan buat korang semua....Maafkan sekiranya cikgu terkasar bahasa dan sebagainya. Cikgu doakan kalian berjaya dalam peperiksaan kalian semua.

29 Oktober 2009 dan 30 Oktober 2009, Pusat tuisyen pakar di Pasir Hor untuk matapelajaran Biologi dan Kimia masing2...., cikgu nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi anak murid cikgu. Terima kasih sudi menerima ajaran cikgu. Terima kasih ditujukan kepada B'Hah, Haniey, Nani, Pipah, Rinie, yuyu, Amalina, Fadhli, Shahir, Kema, Asyraf, Hanif, Kirim, Sepul, Iskandar dan zame....Cikgu doakan kalian berjaya dalam peperiksaan kalian semua.

31 Oktober 2009, hari ini sungguh penat, tapi takper, sumbangan terakhir buat para pelajar sekalian. Bermula jam 815pagi-915 pagi untuk sains spm form5 dan 915-1015 pagi untuk Sains form 1 ganti di Pusat Tuisyen Midani. Kemudian kelas kimia ku di Pusat Tuisyen Pakar Telipot, kelas terkhir kimia untuk musim ini. tapi, hanya dua orang sahja datang...its ok...Buat semua pelajar Pusat Tuisyen Telipot yang cikgu mengajar bio selama ni cuma bulan oktober je koramg quit kerana bz dengan homework kalian cuma kita ketemu kimia sahaja untuk bulan ini, especially to amirah, shahera, amalina, eqlima, syazwani, fatin, nabihah, suha, syikin dan beberapa orang ag ckgu lupa nama. InsyaAllah kalian akan berjaya dlam exam. Buat yang terbaik....

Petang itu pulak ganti jam 230-4petang di pt pakar pasir hor tuk bio f5...dan kelas kimia jam 4-530 petang di tuisyen pakar telipot...Kelas kimia ini bermula bulan oktober, yakni baru sebulan mereka menggunakan perkhidmatan ku. Sebelum ini, cikgu lain yang ajar, oleh kerana masalah teknikal, kelas dibubarkan, kemudian ganti dengan cikgu baru yakni aku, kelas ini beroperasi semula..Kiranya sebulan la kita ketemu....terima kasih la untuk para pelajar form5 Kimia telipot cikgu pun lupa nama korang, ingat nama masmurni ajer..hehehehe...maaf andai terkasar bahasa, terkurang ajar, terlebih ajar...moga kalian sukses dan i wish u gudluck for ur spm exam...

Coretan ini berakhir disini, tapi khidmat ku tidak akan padam. InsyaAllah, andai pelajar menanyakan soalan dalam sms atau telefon, cikgu sudi selesaikan. Buat aini dan zukrina, home tutor di rumah masing2, kalian masih mahu menggunakan khidmat cikgu di bulan 11 ini, terima kasih sudi masih menerima ajaraan cikgu...

At last, cikgu ucapkan semoga berjaya untuk semua pelajar cikgu di Pusat Tuisyen Pakar [pasir hor dan telipot] untuk bio n kimia form 4 & 5, Pusat Tuisyen Al-Amin Bio form 4, Pusat Tuisyen Midani bio form 4 n 5 dan lain-lain pelajar...Do the best in ur exam...wish u gud luck...hope u r alwayz sucsess...

Buat pengurus-pengurus pusat tuisyen especially kak long di PT Pakar, Cikgu Zaid PT Al-Amin, dan Cikgu Ni di PT Midani, Terima kasih beri kepercayaan kepada saya untuk mengajar anak2 bangsa kita....

Moga jumpa lagi kalian. Bulan november ni ada Intensif bagi persediaan tahun hadapan. InsyaAllah cikgu akan mengajar lagi kalian. Assalamualaikum...........

Temuduga & iNsak....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...lama tak update blog...keje bertimbun dengan wat soalan tuk pelajar tuisyen....depa nak exam minggu depan...so bantu la yang mane patut...hanya kumpulkan soalan form4 sahaja....then wat persediaan untuk temuduga dan ujian insak pada 28 oktober 2009.

So, ari ni 28 oktober 2009, setelah lama menanti, akhirnya nama ku dipanggail untuk ditemuduga bersama teman2 lain pada 28 oktober 2009 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) negeri kelantan d pengkalan chepa...ada jugak teman2 yang kena di kawasan sebelah iaitu sekolah teknik pengkalan chepa....

Hari, sudah lama tidak ketemu rakan2 seperjuangan ukm. dalam pertemuan untuk sesi ujian insak dan temuduga ini, antaranya ialah Nor, Zaid, Tuan, Zam, Shahrul, dan lain2....ada juga teman dari universiti lain.

Ujian insak bermula jam 850 pagi dan berakhir 30 minit kemudian dengan semua calon dikehendaki menjawab 135 soalan...Suatu cabaran untuk kami semua. Aku sendiri pun, masa yang tinggal lagi 2minit, aku masih tidak siap, dalam soalan 130 baru...Punya la berdegup kencang jantung semasa si pengawas buat pengumuman..tertekan rasanya...hahahaha

Usai ujian insak, calon-calon dikehendaki menghadiri sesi temuduga. Nor di panel 3..aku, zam,zaid, shahrul di panel 1...Alhamdulillah panel 1 ni tidak la strict sangat...Terima kasih ye encik...

Nak cerita la jugak sesi temuduga aku, kot2 leh jadi panduan untuk adik2 junior dan rakan2 yag akan interview next week lak....Penemuduga mohin aku ceritakan latar belakang aku masa mereka tengah menulis maklumat diri aku pada borangnya....so, cerita la aku dari A sampai Z...aku tengok kat dia, aih, masih menulis...ape aku nak cakap ag...lepas tuh, dia kater dah abis, ye encik, ok, Saudara Muhamad Shahroom Admiey, apakah maksud bioteknologi?..aku penuh yakin menghuraikan semua kerana biotek ni aku baru jer mengajar pelajar form 4 biologi untuk chapter 6...huhuhu..Alhamdullilah...Soalan kedua, kenapa kerajaan menggalakkan bioteknolgi...ini kerana bla..bla..bla...aku sendiri pun tak ingat apa yang aku jawab..tapi jawapan aku bernas dan tepat kerana aplikasi DNA dan rekombinan plasmid membantu aku....Soalan ketiga, aplikasi bioteknolgi terhadap pokok padi...Alhamdulillah aku lancar menjawabnya..

Soalan keempat, apa itu kekreatifan? dan bagaimana hendak digunakan dalam bilik darjah...Sekali lagi aku dapat menjwab dengan yakinnya...

Alhamdulillah Ya Allah, Kau memudahkan urusan aku...Moga aku berjaya dalam temuduga ini....Teman2, doakan kejayaan aku dalam mengejar cita2 sebagai guru yang cemerlang..Amin...