Pages

Semoga Beliau Tenang Di Sana....

23hb November 2009,
Jam 1.10 pagi.

Abah ku menerima panggilan telefon dari abangnya. Suatu berita yang mengejutkan kami sekeluarga. Pemergian insan tercinta menghadap Yang Maha Esa buat selama-lamanya. Sepupu ku yang mesra dengan panggilan Kak Long Julie menghembus nafas terakhir di Hospital di sebuah daerah di Selatan Tanah Air Johor Bahru akibat daripada jangkitan kuman pada peparu. Doktor mengesahkan kematian dengan penyakit Pneumonia [Peparu Berair]....

Jam 9.00 pagi.

Jenazah yang siap dimandikan dan dikapankan, di iringi pulang oleh suami tercinta [abe mat], adik-adik Kak Long [Kak Za dan Nini], suami kak za, kawan-kawan mereka dari Johor ke Kelantan dengan bantuan 2 buah van jenazah dan sebuah peronda polis.

Jam 6.00 petang.

Kami sekeluarga [aku, ma, abah dan iqa], menziarah ke rumah bapa saudara ku, iaitu bapa kepada kak long. Sedih aku tengok muka pakcik ku [ayah mat] dan isterinya [ma nah] menanti saat tiba jenazah ke sisi keluarga tercinta untuk tatapan kali terakhir. Sedih aku tengok buah hati sulung pasangan Kak Long Julie dan Abe Mat, yang tidak mengerti apa yang berlaku pada mamanya. Moga Adam yang kini 7 tahun akan mengerti nanti dan tabah menerima ketentuan Illahi. Kami mengambil keputusan pulang ke rumah terlebih dahulu mengerjakan solat maghrib dan isya'. Dan Ayah mie dan isterinya [mokcik] pun akan berkumpul di rumah ku terlebih dahulu. Jenazah dijangka tiba pukul 9 malam.

Jam 9.oo malam.

Kami bertolak bersama Ayah Mie dan Mokcik ke rumah Ayah Mat kembali. Ramai saudara mara datang menziarah.

Jam 11.15 malam.

Rombongan Abe Mat, Kak Za dan suami serta Nini dan 2 orang lagi anak arwah Kimi [6tahun] dan Arif [3tahun] dan juga peronda polis selamat sampai ke perkarangan rumah. Ma Nah dukung si Arif. Suatu keadaan yang tidak dijangka berlaku. Ma Nah jatuh pengsan bersama-sama Arif.... Sedih aku menengoknya. Kemudia Ma Nah di papah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi, hampir menitis air mata ku, di saat Abe Mat menangis di sisi Ayah Mat dan Ma Nah. Tapi ku tahan juga. Saat ini, si Arif tidak henti2 menangis.

Jam 11.30 malam.

Van jenazah tiba di perkarangan rumah. Urusan mengangkat jenazah naik ke atas rumah. Buat kali terakhir, keluarga mencium kak long sebelum di tutup dan di bawa ke tanah perkuburan. Kasih seorang suami, bagaikan tidak mahu berpisah, lama abe mat mengucup dahi kak long. Adam yang tadi tenang, menangis tidaj henti2 bagaikan baru mengerti apa yang telah berlaku. Jenazah kak long tenang. putih bersih mukanya. Bak kapas. Walaupun sebelum ini dia memang sangat putih, kali ini lebih putih dari sedia kala. Solat jenazah di lakukan. Usai solat jenazah, jenazah di bawa ke tanah perkuburan. Aku tidak pergi ke perkuburan kerana keluarga ku tidak dapat pergi, kerana perempuan tidak dibenarkan pergi ke perkuburan semasa jenazah ditanam. Abah juga tak pergi. Matanya yang tidak nampak malam takut tersepak batu nisan. Yang pergi Ayah Mie dan Ayah Mat. Abe Mat dan anak-anak tidak dapat pergi. Aku lihat Abe Mat pun sangat2 letih. Beliau naik atas rumah, termenung, ambil bantal, tido. Pada masa ini, Adam, hendak dibawa ke tanah perkuburan oleh Waris2 sebelah ma nah. Tanpa disedari, abe mat bingkas bangun, lompat pagar rumah berlari menuju ke tanah perkuburan. Terkejut seisi rumah. Adam pun belum sempat naik kereta. lebih terkejut, kami dapat berita yang Abe Mat pengsan di tengah jalan. Nasib baik ada sorang jiran nampak. Kami pergi mendapatkannya. Abe Mat di bawa balik, dan di usap minyak angin agar dia sedar dan di beri minum air. Alhamdulillah beliau sedar kembali. Mungkin dia pengsan disebabkan dia tidak tidur, tak makan, perjalanan yang jauh, dan juga tertekan.

24hb November 2009.
Jam 1.15 pagi.

Kami bertolak pulang ke rumah apabila semua urusan pengkebumian siap dengan selamat. Alhamdulillah, sepanjang hari menunggu jenazah dan pengkebumian berlangsung, hujan tidak turun. Hujan turun selepas jam 130pagi apabila kami sekeluarga selamat sampai di rumah kami.

Aku sekeluarga mendoakan semoga Arwah Kak Long Julie tenang di sana. Moga keluarga Ayah Mat tenang dan sabar dengan ketentuan Illahi. Buat Abe Mat, dan anak-anak, redha pemergian Kak Long. Semoga tenang dan tabah menerima ujian yang berat ini. InsyaAllah Kak Long Julie tergolong dalam golongan beriman. Amin......

Al-Fatihah.....

0 comments: