Pages

GERAM SESANGAT

Aku geram sangat dengan satu pusat tuisyen ni..ari tuh beria2 bagi kelas suruh aku mengajar pabila aku abis exam final sem ari tuh..so aku pun g je la ngajar..Kelas aku Biologi tingkatan 4...Pada hari Sabtu jam 230-330 petang, 330-430 petang dan 430-530 petang....selain dari itu gak aku jugak dapat kelas bio f4 malam selasa jam 830-930mlm dan 930-1030 malam. So bermula 9hb mei ari tuh aku start ngaja...dia cakap kelas ni kelas tetap aku...alih2 semalam, dia tak bagi dah yang kelas petang tuh..dia suh ngaja malam je dua kelas atas alasan bdk2 ramai komplen kater aku ngaja membuatkan diaorang tak faham...Apa la bengap sangat pengetua Pusat Tuisyen A (nama sengaja disorok) ni...ye la, kalo aku tak pandai ngaja, baik tak yah bagi jugak aku ngajar kelas malam tuh..coz kaedah aku ngajar sama jer..pelik tol ni pertama kali orang komplen aku kate tak reti ngaja...coz sblom ni ramai je bdk2 ni suka cara aku ngajar. Bdk2 yang tuisyen ngan aku kat selangor pun suka cara aku ngajar. siap suh posting kat selangor ag nanti...mak bapak pun puji coz anak2 depa selalu meningkat markah exam...tapi bila kat kelantan ni...cam sial lak kat Pusat Tuisyen A ni..geram tol...korang nak tau tak, dia ganti aku ngan kelas SCN darjah 4..dah la aku tak pandai ngaja bdk2 kecik...ye la bdk skolah rendah ni susah nak ajar coz dia kena pengukuhan yang tinggi berbanding ngan bdk skolah menengah...eeeiiiiii geram wes..

2ari lepas, Pusat Tuisyen P suruh aku g ngajar ganti untuk petang sabtu, aku cakap tak boleh coz aku ngajar petang sabtu kat Pusat Tuisyen A...last2 smalam dia tak bagi dah kelas tuh, so melepas dah aku rezeki kat Pusat Tuisyen P...Pagi smalam aku ganti kat Pusat Tuisyen M lak, Pusat Tuisyen M mintak aku ganti tuk kelas SCN F4 n F5 pada pagi sabtu, tapi aku kater tak leh coz aku dah di suruh ngaja ganti sementara tuk SCN darjah4 di Pusat Tuisyen A...Pagi td aku g ngaja kat Pusat Tuisyen A, dia kate dah ada cikgu yang akan ngaja SCN darjah4...eeiii geram tol..dah la aku sampai kat sane.,,tak bgitau kat aku lak tuh..geram sgt..nak menangis rasanya..tebal muka2...so melepas la rezeki aku kat Pusat Tuisyen M yang mintak aku ngajar tuh...

bia je la....aku geram sangat2, aku lepas ni kalo Pusat Tuisyen A tepon suh g ganti ag, aku malas nak layan...bia je la tak dapat duit pun..senang2 dia je..ingat aku ni bola ker...so, kat Pusat Tuisyen A ni aku nak kekalkan kerja ngaja yang malam slasa tu jer...kalo lepas ni dia tak bagi kelas kat aku..tak pe la..aku tak der mood dah nak ngajar kat sana...

tp heran jugak, bagaimana leh dikatakan cara aku ngajar smpai bdk2 komplen kater aku buat mereka tak paham...kat Pusat Tuisyen M ada je bdk2 mintak suh aku ngaja intensif pada mereka...sama je kaedah aku ngajar...tap aku ada target la kat PT A ni ada satu kelas petang sabtu yang mana bdk2 sombong...aku nak bergurau sket pun tak leh..serius manjang...cam tak ceria kelas kalo tak bergurau...ye la depa bdk2 skolah tersohor satu malaysia..ye la, skolah dia pernah menghasilkan pelajar terbaik malaysia tahu lepas dalam SPM...tu yang poyo tuh...kelas2 lain ok jer bergurau ngan aku...so bdk2 yang komplen tuh, pelajaran anda dengan saya, saya tak berkati sepanjang anda belajar dengan saya.harap maaf...

PESTA WAU ANTARABANGSA 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...disini aku nak cerita la serba sedikit kisah mengenai pesta wau antarabangsa 2009. Pesta wau ni di adakan pada 20hb Mei 2009-22hb Mei 2009 bertempat di Pantai Geting Tumpat Kelantan. Ni adalah tahun kedua aku kesana. Tahun lepas, juara pertandingan dimenangi oleh warga tua dari Jepun...tahun ni aku tak dapat tahu keputusannya kerana aku g pada hari terakhir pesta...Tu pun dah petang sangat2 aku g ngan fa,ily aku...



Kami pegi jam 5petang, setiba jam 530 petang di Stesen Keretapi Tumpat, kami stuck selama setengah jam kat stesen tu coz jalan ditutup, keretapi brenti kat tengah2 jalan kami..hehehe...so sampai kat sana jam 6 lebih...so sempat la melawat, tengok2, dan tangkap gambar sket2..hehehehe..pepun, best la jugak...tahun depan may be ada lagi...so disini aku kepikkan sekali gambar2 kami kat sana...Assalamualaikum...


Lari....rimau nak makan aku...




Dari kiri: adikku (iQa), Spupu ku (abe Long), Spupu ku (Kak), Sepupuku (adik) dan belakang, makcik aku...

KeRja o KeRja....

Sudah lama aku tak menghadap blog aku ni....nampaknya target 2 post sehari tidak berjaya...maaf buat semua...ini kerana ketiadaan talian sesawang di rumah ku...moga faham apa yang berlaku...huhuhuhu...Alhamdulillah, tamat je pengajian, aku pulang ke kampung dan ada kerja yang menantiku...10hb April ari tuh, pengetua Pusat Tuisyen Al-Amin telefon ku untuk bagi tawaran mengajar...so aku terima...Balik jer 6hb mei kat kampung, terus aku pegi jumpa dia..Alhamdulillah akhirnya aku di beri peluang untuk berkhidmat untuk mengajar di Pusat Tuisyen dia...Aku bersyukur sgt dengan rezeki ini...Yang best aku dapat ajar subjek aku iaitu Biologi...aku berkongsi ngan sorang lagi guru perempuan....aku ajar pelajar tingkatan 4 manakala cikgu tu ajar yang tingkatan lima...Kat Pusat Tuisyen ni, bukan satu kelas jer yang amik bio...seingat aku la, yang aku mengajar, bio yang tingkatan 4 ada 3kelas pada petang sabtu jam 230-330,330-430, dan 430-530..tu la masa aku...pastu ada malam yang ari selasa jam 830-930 dan 930-1030. tu baru yang tingkatan 4. yang tingkatan lima pun sama..tpi cikgu tu la mengajar...tak kan aku nak bolot semua? iye tak?...tapi aku masih nak cari kerja lain lagi untuk tampung masa tanam anggur nih sebelum posting...dah isi borang KGSK (kumpulan guru simpanan kebangsaan) tapi tyak di panggil lagi...takpe la...tunggu la dulu...beberapa pusat tuisyen lain pun aku dah mohon.... tapi kena tunggu la dulu...tapi ia tak akan berlanjutan, sekiranya bulan 6 ni masih tak der keja ag, selain Pusat Tuisyen Al-Amin, aku nak mohon jadi pensyarah / tutor sambilan je la di PTPL Kb ke, OUM Kb ker atau lain...asal dapat keje dan duit sudah...huhuhu..ok lah..Assalamualaikum...

-----KePaDa SeMua-----

Mohon maaf atas segala-galanya sepanjang perkenalan kita di Bumi UKM ni. Terima kasih sudi berteman kan aku yang seorang nih. Moga kita bertemu lagi di masa akan datang. Halalkan untuk segala-galanya. Sekian.

::TeRima kasih::

Pada semua yang tulun aku wat survey ari tuh kat dalam blog aku, aku ucapkan terima kasih di atas kesudian korang semua lengkapkan survey tersebut. Ni ada satu agi aku wat survey, harap tolong completekan...huhuhuhu..terima kasih.

::::BaLiK KamPung::::

Maka malam ini bertolak la aku pulang ke kampung selepas tamat pengajian selama 4 tahun menuntut ilmu di Bumi UKM. Kira-kira jam 10malam sampai la bas transnasional yang bakal aku naiki. Moga aku selamat sampai di destinasi aku pada pagi esok. Penat wes, kemas barang ni. Ada 5 semua yang aku kena wat balik. Kotak printer, kotak bantal dan karpet, kotak rak buku, beg pakaian serta beg galas aku...huhuhuhuhuhuhuhuhu....kira banyak la jugak..walhal ari tuh dah wat balik dah skit2. Apsal banyak sangat barang aku nih. Tapi tak per, dah abis pengajian pun. Pulun wat balik semua...hahahahahaha....Selamat tinggal UKM, selamat tinggal Bangi, Selamat tinggal Komuter dan selamat tinggal segala2nya. Moga kita ketemu lagi. Arios...

taMaT PeNgaJiaN...

Dengan berakhirnya peperiksaan STAB2152, Anatomi dan Morfologi Tumbuhan pada setepat jam 530petang pada hari ini, maka tamat la sudah tempoh pengajian aku dan rakan-rakan pendidikan Biologi selama 4Tahun Menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan suasana yang sedih dan gembira, kami semua berpelukan dan bersalam-salaman. Tapi untuk perempuan jer. Aku lelaki, maka tak termasuk la dalam kisah ini. Selama 4tahun berada di Bumi UKM, banyak kisah suka duka yang ditimba bersama. Kenangan manis, pahit dan sebagainya dikongsi bersama. Sedih untuk ditinggalkan. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Tidak puas rasa hati ini bersama rakan2 tercinta. Buat teman-teman, terima kasih ku ucapkan selama berkawan dengan ku, Maaf atas segalanya jika ada terkasar bahasa, tersilap kata dan perlakuan. Seronok bersama kalian semua. Moga kita berjumpa lagi. kita wat rombongan setiap kali di antara kita ada yang kenduri kawen. ingat tu ya. Kawen nanti jangan lupa jemput. dapat posting jangan lupa bagitau. dapat anak pun jangan lupa kawan2 ek. Love u all...

aBaNgkU NaiK PeLaMin Mei 2009

Tarikh bersejarah buat keluarga ku dimana sahnya abang ku Muhamad Shahroom Azlan B Kamarudin bergelar suami kepada Rozeana Bt Abdullah pada malam 30 April 2009. 1 Mei 2009 pula adalah tarikh keramat dimana kisah percintaan selama 10tahun termeterai di atas pelamin dengan tema emas di rumah pengantin perempuan. Sungguh ramai sahabat dan jiran yang sebelah ma n abah ku datang rombongan ini. Dan pada 3 Mei, giliran d rumah ku pula untuk majlis menyambut menantu. Pun ramai orang datang. Tema pada kali ni lak hijau. Sesuai dengan warna kegemaran ku. Dalam majlis ini, kami bersyukur, majlis kami Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pada awalnya, aku dengar cakap2 orang, ada orang suruh boikot majlis ini. Tapi ada hikmahnya bila sesuatu yang memburukkan keluarga ku, dibalas oleh Allah swt yang mana dengan ramainya kehadiran sanak saudara, jiran tetangga, teman-teman walaupun rombongan ke rumah perempuan mahupun majlis di rumahku. Selesai sudah majlis perkahwinan putera sulong Keluarga ku. Kini tunggu giliran Putera Kedua pulak....Bila la agaknya giliran aku...hahahhahaha...


RoNa HiJau saMa CaNtiK SaMa PaDan...


BeRona EmaS Dengan KeLuaRga TErciNta

MeraH PuTih KeBaNggaAn KaMi...

Usai paper Kaedah Pemisahan pada tengah hari 26hb April 2009, Kami semua pelajar Pendidikan Biologi UKM bergambar kenang-kenangan bersama baju t-shirt yang kami tempah...Merah dan Putih warna tema kami...Kebanggan kami..banyak tempat yang kami ambil gambar di dalam Universiti Kebanggan Kami...huhuhuhuhu..Rasa letih dan sebagainya semasa tangkap gambar ni...pepun kami gembira, kerana selepas ni kami mungkin tak berjumpa dah....Terima kasih semua...