Dengan berakhirnya peperiksaan STAB2152, Anatomi dan Morfologi Tumbuhan pada setepat jam 530petang pada hari ini, maka tamat la sudah tempoh pengajian aku dan rakan-rakan pendidikan Biologi selama 4Tahun Menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan suasana yang sedih dan gembira, kami semua berpelukan dan bersalam-salaman. Tapi untuk perempuan jer. Aku lelaki, maka tak termasuk la dalam kisah ini. Selama 4tahun berada di Bumi UKM, banyak kisah suka duka yang ditimba bersama. Kenangan manis, pahit dan sebagainya dikongsi bersama. Sedih untuk ditinggalkan. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Tidak puas rasa hati ini bersama rakan2 tercinta. Buat teman-teman, terima kasih ku ucapkan selama berkawan dengan ku, Maaf atas segalanya jika ada terkasar bahasa, tersilap kata dan perlakuan. Seronok bersama kalian semua. Moga kita berjumpa lagi. kita wat rombongan setiap kali di antara kita ada yang kenduri kawen. ingat tu ya. Kawen nanti jangan lupa jemput. dapat posting jangan lupa bagitau. dapat anak pun jangan lupa kawan2 ek. Love u all...
0 comments:
Post a Comment