Pages

Merindukanmu....

Saat aku tertawa diatas semua

Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada

Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas

Masih sanggup berjalan kukan slalu memujamu

Meski ku tak tahu lagi engkau ada dimana

Dengarkanlah aku kumerindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya

Saat aku meratapi kekalahanku

Aku ingin engkau selalu ada

Aku ingin engkau aku kenang

Ciri-Ciri wanita Idaman

Ni aku nak berkongsi la...nak mulakan idup baru setelah 5 bulan putus kasih dengan bekas kekasih yang dlu...mane la tahu kan, dalam duk men blog ni ada orang nok tulun ejas kat aku ker, nak kenalkan kat aku ker atau nak rekemen kat aku ker...hahahha...aku gatal ker? rasa tak...huhuhuhu

Ciri-ciri wanita idaman bagi pilihan aku:
1. Wanita solehah
2. Beragama
3. Hormat aku sebagai bakal ketua keluarga
4. Hormat ibu bapa aku dan keluarga aku
5. Ramah mesra dengan rakan2 aku kerana aku ni ramai kawan perempuan mahupun lelaki. Maknanya tidak sombong.
6. asal orang kelantan, tak kisah mane2 pun, asalkan kelantan
7. Guru...tak nak cikgu sekolah rendah...hehehehe
8. Umor bawah dari 23tahun
9. Rambut panjang lurus...kerinting panjang dipertimbangkan, kerinting pendek tidak dilayan
10. jujur dalam perhubungan
11. tidak mengada-ngada
12. Sanggup berkongsi idup dengan aku
13. putih
14. mane2 ciri2 lain yang leh aku pertimbangkan...wahahahaha...

So, sesape ade kawan yang nak diperkenalkan, silakan lah bagi no fon dan gambar....InsyaAllah ada rezeki, kawen bila umor aku cukup 25 tahun...wahahaha...cam jual diri lak aku....

Ranjau Kehidupan

Malam ini di saat kebosanan yang melanda dalam idup aku nih, aku nak luahkan satu perasaan yang dah lama aku simpan....bukan niat untuk mengaibkan orang..tapi sajer, untuk berkongsi rasa...

Dulu, aku boleh dikatakan ramai kawan...tak kira lelaki atau perempuan...semua suka berkawan dengan aku...ada yang siap dikatakan kawan baik ku...tapi, sejak dua menjak, aku merasakan rakan2 baik ku menikam ku dari belakang...dlu yang pernah berjanji bahawa berkawan dunia akhirat tapi apakah betul..tidak, mereka di belakang sedap2 jer duk mengutuk....depan ku, mulutnya manis...tapi belakang, siap cerita keburukan aku lagi pada orang lain...sib baik la orang 2 baik sangat cerita kat aku...

macam2 dia cerita...semua nak menjahamkan aku...sampaikan satu tahap aku tak dapat study tapi sib baik exam dapat jawab..hehehe...so, sekarang ni aku wat tak kesah..tapi aku tak berkawan dah ngan2 mereka semua...sekarang ni siap telefon, mesej aku nak jadi macam kawan seperti dlu...ada ker patut..malas aku...aku tak layan dah msj2 n tepon ni...bosan...wat sakit ati aku...so, duk kat sekarang ni, aktiviti aku duk kat umah jer..tulun mak bapak kemas rumah, jaga rumah...tak pun aktiviti mengajar tuisyen jer....tak der dah aktiviti cam dlu...g sana sini....so, kepada ex-member, sekali korang wat gtu kat aku, sampai mati aku tak akan ingat kat korang....

Buat Sahabat Ku....

Sahabat
Adalah hati yang hangat
Sehangat kopi susu buatan ibu
Menyejukkan mulut dan rasa
Tanpa musti bergelora

Sahabat
Jalannya tak berjejak
Tak pula berpeluh keringat
Namun memberi semangat

Sahabat bukanlah cinta sejuta rasa
Bukan pula bara api rindu di dada
Hanya seuntai benang sutera
Yang cukup erat mengikat
Nurani yang jahat

Sahabat adalah serumput kata yang sejuk
Sesejuk embun di pelupuk mata
Yang menidurkan jiwa
Tanpa berjuta aksara

Sahabat
Mungkinkah engkau menjadi sang juru penyelamat?
atas anggur cinta yang memabukan
Atau istana suka yang mengilusikan
Atau tsunami duka yang menenggelamkan

Semakan Permohonan Kemasukan ke UKM Sesi Akademik 20092010

Buat semua Lepasan Matrikulasi, Lepasan STPM, Diploma dan setaraf, anda boleh menyemak status permohonan kemasukan ke UKM sesi akademik 20092010 di laman web berikut. Harap maklum...

Laman Web Rasmi UKM : www.ukm.my
atau
http://smp.ukm.my/tawaran/

Canselor UKM Ke-3

Petikan Dari Laman Web Rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia.

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus


Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir

Canselor UKM ke-3

UKM melakar satu lagi sejarah apabila Ke Bawah DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diisytiharkan sebagai Canselor UKM yang ke-3 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Pelantikan Baginda Tuanku Muhriz adalah untuk tempoh lima tahun bermula 16 April 2009. Watikah pelantikan tersebut telah dipersembahkan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor pada 26 Mei 2009 di Istana Hinggap, Seremban. Naib Canselor disertai Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Mazlan Ahmad, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan Pegawai-pegawai Pengurusan Utama UKM.

Pertemuan antara DYMM Tuanku Canselor dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud dengan Pengurusan Utama UKM telah berlangsung dalam suasana amat mesra. Baginda Tuanku juga telah bertanya beberapa perkara utama berkaitan UKM.

DYMM Tuanku Muhriz dilahirkan di Kuala Pilah pada 1948. Pada tahun 1960, baginda dikurniakan Gelaran Pusaka YAM. Tunku Laxamana dan tahun berikutnya baginda menerima Gelaran Pusaka YAM. Tunku Besar Seri Menanti. Baginda menerima pendidikan asas di Kuala Pilah seterusnya di Sekolah King George V, Seremban dan di Aldenham School, Elstree, United Kingdom. Baginda memperoleh Ijazah LLB dari University of Wales, Aberystwyth.

Baginda memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan, seterusnya dalam broker kewangan dan pengiklanan. Baginda turut terlibat dalam beberapa syarikat awam dan swasta sebagai Pengarah di samping menjadi Pengarah di sebuah bank. Antara penglibatan baginda dalam khidmat kemasyarakatan adalah menjadi anggota Board of Trustees of The Tinggi Foundation yang memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang di University of Nottingham of Malaysia dan Universiti Malaya selain pernah terlibat secara aktif dalam Rotary Club Kuala Lumpur. Sukan kegemaran baginda ialah skuasy. Baginda juga suka menonton perlawanan bola sepak English Premier League dan bermain gitar.

Hasil perkongsian hidup dengan Permaisuri DYMM Tuanku Aishah Rohani, baginda berdua dikurniakan tiga orang putera iaitu Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz, Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz dan Yang Amat Mulia Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin ibni Tuanku Muhriz.

Seluruh warga UKM merafak sembah mengucapkan TAHNIAH Ke Bawah DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Canselor UKM.

Sistem modular perluas maksud sebenar pendidikan: MPM

Petikan akhbar terkini (Berita Harian 19 Jun 2009)

GEORGETOWN: Cadangan memperkenal sistem modular bagi menggantikan sistem penggal Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah baik kerana ia bertujuan mendekatkan pelajar dengan maksud sebenar pendidikan dan tidak hanya menekankan kepada aspek peperiksaan semata-mata.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata melalui sistem modular, persepsi masyarakat terhadap peperiksaan dapat dilonggarkan dan maksud pendidikan diperluas melalui proses pembelajaran.

"Kita tidak mahu tumpuan hanya diberi kepada peperiksaan sehingga keseluruhan aspek pendidikan diabaikan. Idea ini sangat baik tetapi perlu berhati-hati dalam pelaksanaannya kerana bimbang ia akan menimbulkan isu yang boleh dipolitikkan oleh ahli politik yang bankrup idea," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di sini hari ini.


Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, MPM akan memperkenal satu sistem modular bagi menggantikan sistem penggal STPM menjelang 2011.

Katanya sistem modular yang berasaskan kepada tiga semester adalah serupa seperti sistem di universiti, dengan pelajar hanya perlu menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding dengan sistem penggal di mana pelajar perlu mengingati fakta yang dipelajari dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke hari terakhir mereka di Tingkatan Enam Atas.

Dr Wee berkata, 20 hingga 30 peratus akan berasaskan kepada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain di samping kerja amali manakala bakinya berasaskan kepada peperiksaan pusat.


HOME TUTOR

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Disini aku nak war-warkan satu iklan untuk tatapan korang semua. Iklan ini adalah untuk sesape yang berminat secara individu di rumah sendiri. Ala, cam Home Tutor tuh. Ok, kalo sesape berminat, area Kubang Kerian atau Kota Bharu ni, kontek la saya yer. Muhamad Shahroom Admiey B Kamarudin di talian 012-9009166. Terbuka hanya untuk matapelajaran Biologi (F4, F5) Kimia (F4, F5), Sains F1-F5. Bayaran adalah dikira mengikut jam. Bagi Tahap SPM adalah sebanyak RM 30 sejam manakala peringkat PMR pula adalah RM 25 sejam. Tempoh jam dan waktu belajar boleh dirunding. Free pada bila-bila masa sahaja kecuali pada hari Selasa Malam Rabu sahaja tidak free kerana ada kelas di Pusat Tuisyen. anda juga boleh membawa teman rapat, tpi pastikan tidak melebihi 3 orang agar tidak terjadi masalah kebisingan. bayaran hanya mengikut jam tidak mengikut bilangan pelajar.

InsyaAllah dengan pengalaman selama ini, saya akan mengajar anda sehingga anda faham mengenai matapeljaran tersebut dengan senangnya. so, sape2 berminat, kontek la nombor diatas.

Maklumkan juga kepada ahli keluarga yang lain, sepupu sepapat, jiran tetangga dan lain-lain. terima kasih.

Semakan Sidang Konvokesyen UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat teman-teman Fakulti Pendidikan UKM, anda boleh menyemak status konvokesyen ke-37 pada halaman e-pelajar dan klik pada 'semakan konvokesyen'. Buat masa ini, tarikh sidang tidak dipaparkan. Cuma anda dikehendaki menyemak sama ada gambar anda ada atau pun tidak untuk dipaparkan pada layar putih konvokesyen. Selain itu, anda juga hendaklah memendekkan nama sekiranya nama anda melebihi 25 characters. Semua itu terdapat pada halaman semakan sidang konvokesyen. Dan jika tarikh sidang sudah dikeluarkan, saya akan maklumkan kembali. Harap maklum. terima kasih.

ResuLt SeMesTer 2 Sesi 0809 UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera....Buat warga Mahasiswa/i UKM, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan Semester 2 sesi pengajian 20082009 mulai 11Jun 2009....bagi pelajar yang berhutang, sila jelaskan terlebih dahulu hutang pelajar anda....Tahniah bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan bagi kurang cemerlang, jangan kecewa..insyaAllah ada hikmah disebaliknya....

Yahuu....aku dah tamat pengajian dengan jayanya...Assalamualaikun dan salam sejahtera...Harap maklum