Pages

Sistem modular perluas maksud sebenar pendidikan: MPM

Petikan akhbar terkini (Berita Harian 19 Jun 2009)

GEORGETOWN: Cadangan memperkenal sistem modular bagi menggantikan sistem penggal Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah baik kerana ia bertujuan mendekatkan pelajar dengan maksud sebenar pendidikan dan tidak hanya menekankan kepada aspek peperiksaan semata-mata.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata melalui sistem modular, persepsi masyarakat terhadap peperiksaan dapat dilonggarkan dan maksud pendidikan diperluas melalui proses pembelajaran.

"Kita tidak mahu tumpuan hanya diberi kepada peperiksaan sehingga keseluruhan aspek pendidikan diabaikan. Idea ini sangat baik tetapi perlu berhati-hati dalam pelaksanaannya kerana bimbang ia akan menimbulkan isu yang boleh dipolitikkan oleh ahli politik yang bankrup idea," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) di sini hari ini.


Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, MPM akan memperkenal satu sistem modular bagi menggantikan sistem penggal STPM menjelang 2011.

Katanya sistem modular yang berasaskan kepada tiga semester adalah serupa seperti sistem di universiti, dengan pelajar hanya perlu menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding dengan sistem penggal di mana pelajar perlu mengingati fakta yang dipelajari dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke hari terakhir mereka di Tingkatan Enam Atas.

Dr Wee berkata, 20 hingga 30 peratus akan berasaskan kepada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain di samping kerja amali manakala bakinya berasaskan kepada peperiksaan pusat.


0 comments: