Pages

Mengajar Di Bulan Puasa.....

Assalamualaikum....salam sejahtera....huhuhuhu, kali nak cerita lak pengalaman mengajar di bulan puasa...Ni la first time aku ngaja di bulan puasa... ni pun bukan ngajar sekolah ag...baru ngajar tuisyen...huhuhuhu...

Alkisahnya, kita berpuasa pada 22hb Ogos 2009. Maknanya 22hb tu ari sabtu..seperti biasa aku ada kelas tuisyen di Pusat Tuisyen Pakar di Telipot jam 1030 pagi until 12 tgh hari...pagi, kira ok aper ngajar...hehehehe...

23hb Ogos ari ahad, tak der kelas ari ni...bosan ya amat...tak der keje nak wat....duk mengadap tv jer....kalo tak der citer, mengadap laptop...dengan pelbagai aktvti...bosan mengadap laptop, aku kembali dengan mengadap tv...adoi...

24 Ogos 2009, ari isnin, aku g mengajar umah zukrina di beris kubur besar....dalam perjalanan jam 9pg lebih2, aku menerima panggilan dari Cikgu Zaid...atas moto lak tuh....petang nanti jam lima petang ade kelas katernya....satu jam sahaja...bio ting 4...klas malam yang sebelum ni 2jam dijadikan sejam sahaj di bulan puasa...aku g la ngajar petang tuh...adoiya, pelajar2 semua mengantuk dan letih..tambah2han lagi bio lak kelas akhir....aku sdri pun letih menengoknya...nak wat camne....sabar je la...sampaikan tak der mood nak ngajar petang tuh...tapi aku gagahi jugak dengan menghabiskan sukatan chapetr 7 tuh....pepehal, depa terima la jugak 50% ajaran aku ari tuh....

25 Ogos 2009, sekali lagi pagi jam 9 ader kelas dengan zukrina.....2jam dari jam 9pg-11 pagi...kelas pagi ok jer...tak letih...seronok la jugak...huhuhuhuhuhuhu...petang ader kelas di Telipot...jam 230petang till 4.00 petang...adoiya, sekali lagi kehadiran mengecewakan..yer la waktu petang...nak wat camne kan..aku tak salahkan depa pun...normal la tuh....hanya 3orang shaja yang hadir kelas bio petang tuh.,....


26 Ogos 2009, jam 830 pagi ader klas bio di Telipot...alhamdulillah, ramai yang datang...aku jara bab 7 ari ni...7.1-7.2...ok, pelajar dpat menerima dengan sebaiknya...manakala jam 1030 pagi ader kelas bio f4 di pasir hor...cawangan utama pusat tuisyen pakar....pun aku ngajar bab yang sma tuk selaraskan sukatan...huhuhuhu..petang tak der kelas...


ari ni jam 1030 pagi, ader kelas di Pasir Hor, kelas kimia tingkatan 4...aku mulakan bab 6 electrochemistry....abiskan 6.1-6.4.....dan adakan perbincangan....esok aku habiskan bab ini....yer la, nak kejar bab coz, depa ni exam akhir bulan 10 nanti.....petang kelas, aku batalkan coz, dapat panggilan dari zukrina yang sepatutnya ader kelas ari ni...datuk dia masuk hospital....so, kira kensel jer la....semoga datuk zukrina kembali pulih.....

itu sahja yang berlaku sepanjan seminggu puasa.....banyak ragamnya...hiihihihihihi....assalamualaikum....


Diari Konvokesyen 2009...Part 3

19 Ogos 2009

Pagi 19 Ogos, ma aku ajak g jalan2 sekitar KL, nak beli buah tangan tuk anak2 sdara kat kampung...Nak Jukebox, kedai kasut.....Abah, ma aku larang g. Coz, dia mudah penat..hehehehe..so, abah ditinggalkan kat umah....Kami naik teksi dari umah kami (Merdeka Villa Ampang) ke LRT star Ampang. Kami naik teksi la murah sket coz, meter hanya bayar RM4 tuk satu kete. kalo naik bas, kena RM2 seorang. Kami lak 3dewasa, satu kanak2. So lebih baik jimat. Sampai di Stesen LRT star, kami naik train dan trun di stesen Masjid Jamek. Dari sini, kami ke Jukebox yang kat masjid india. Dekat sket. Adik aku pilih selipar coz, selipar dia ptus masa nak naik teksi td. Ma aku lak beli selipar tuk kak, dan adik mimi. Selain dari itu, anak Cik Ira lak, ma beli selipar tuk Nina, noya dan Kimi. 2orang kakak dia, ma tak beli coz, depa berdua dah besar, tak reti pilih coz takut tak berkenan....

Dari masjid jamek, kami ke Central Market. Tengok2....then ke kedai aksesori bdk2 pompuan. Masuk tengok jer...bukan beli pun..wahahahaha...then g stesen putra LRT (stesen pasar seni), beli tiket trun di masjid jamek. Then beli lak tiket LRT star dari masjid jamek ke ampang. Sampai di ampang, tahan teksi dan balik. itu shaja yang berlaku pada 19hb Ogos. Coz malam nanti, kami kena balik kampung dah...huhuhuhuh...

Petang tuh lak, abang aku tepon tiket tak beli ag, dia bz kesana kesini kerja dia seharian ini. so, kater setuju dicapai, kami balik pagi esok 20hb Ogos 2009....So, malam tuh, Abe ele n kak yana amik kami kat umah mok nik. Tapi, kak yana nak mandi jap coz dia pegang mayat tadi kat hospital (dia ni jururawat)..Mayat bdk umo 4tahun. Doktor suspek mati kerana H1N1...so dia mandi skejap. then balim umah dia di Gombak... Selamat tinggal Ampang...moga kita berjumpa lagi....tapi, sebelum balik umah, singgah di Medan selera manjirila kot, tak ingat tempat..depa nak makan dlu...aku pun makan gak..hahahaha...then pas makan, g pasar larut malam danau kota...shopping skan lor, barang murah..paling tinggi harga RM10..mak aku beli beg tangan, adik aku beli beg galas, abah aku beli beg pakaian, aku beli beg enset, sepupu ku beli beg duit tuk dia dan adik dia.....abe ele beli topi tuk dia dan juju...ala, semua tu dalam harga RM5-RM10 jer tuk satu item...then pusing2, jumpa gerai patung bear, kak yana singgah beli upin dan ipin. dia beli sepasang, dan beli lagi sepasang tuk kami. Aku nak gantung kat kete Myvi baru aku nanti...heheheheh....

balik, tengok astro prima cite singapura dilanggar todak, abis jam 230pagi, kendian tido....

20 Ogos 2009

Pagi jam sekitar jam 8pagi, kami bertolak dari umah abe ele, kak yana tak ikut, tak muat kete...hehehehe...Sampai di terminal intrakota (greenwood), kami makan pagi, dan after that, abis makan, kami tunggu bas...bas sampai jam 915pagi, dan kami naik bas dan pulang ke KB....Terima kasih semua sepanjang kami berada disana...UKM, moga kita berjumpa lagi..InsyaAllah..sedey gak, 4tahun duk KL dan UKM ni...bila la pulak nak datang...Ya Allah, insyaAllah dengan rezekiMu, aku dapat posting area2 sini....

Sekian sahaja diari konvokesyen aku...moga kita berjumpa lagi..Assalamualaikum....

Jom Layan Gambar Konvo Aku....




Bersama Family yang dicintai. Berdiri dari kiri: Abe Ele (abang ku), Ma, Aku, Moknik (makcik), yang belakang tuh adik aku, Juju, then abah aku. Berdiri yang depan, sepupu ku, dan yang kat bawah, adik aku......





















Perkenalkan, yang berbaju hijau itu, kakak ipar ku, kak yana......










Bersama Abah dan ma.....


















Hanya ini sahaja aku dapat paparkan dalam blog ini. Nak tengok lebih lagi, datang ajer ke rumah aku. leh tengok banyak ag...takpun, dalam fs aku ader 25 keping aku paparkan gambar2 gni. So check it out...bye....


Diari Konvokesyen 2009...Part 2 & Selamat Berpuasa....

18 Ogos 2009

Pagi ni, sekitar kam 9pagi, aku, abah aku, ma aku, adik pompuan aku dan sepupu ku bertolak dari umah makcik aku di ampang ke UKM...Tujuan ari nih adalah menghantar jubah, amik skrol ijazah, amik gmbar yang ditempah semalam (17hb) then nak g jalan2 ke tapak pesta konvokesyen di Dewan Gemilang, UKM....

Kami bertolak dengan menaiki bas RapidKL bernombor U29 dengan harga tiket dewasa RM2 untuk sehala seorang..Kanak2 RM1 seorang...Naik bas nih, nak ke Stesen Star LRT ampang...setiba di Stesen LRT, aku beli tiket dari ampang ke Tasik Selatan.. So, naik la kami LRT tersebut. Dari ampang, kami kena tukar train dekat stesen Chan Sow Lin...Nak wat camne, ni la kenderaan aku sepanjang duk ulang alik dari UKM ke ampang dlu...sekarang pun, naik ag coz, tak der kete nak bawak family nak g UKM...Abang aku keje...Berbalik cerita tadi, sesampai sahaja LRT ke Tasik Selatan, kami menaikinya dan terus ke stesen Tasik Selatan. Disini, kalu nak g UKM, kena naik lak komuter KTMB....Beli la tiket komuter. sambil tunggu Komuter sampai, sepupu ku, abahku n adik ku bergambar ngan itik buncit warna biru (maaf, gambar tak dpat upload lagi). Ala, maskot Sunway lagoon tuh...So, train dah smapai, kami naik la komuter tersebut ke UKM...Sampai di stesen UKM, kami naik teksi, kerana kesian kat abah aku la. Dia mudah penat...Orang tua. Biasa la tuh. Kita pun nanti camtu gak...

Dengan tambang RM5 satu teksi, kami ke UKM. Trun di pos pengawal pintu utama UKM dekat depan DECTAR...Masa tuh jam 1130 pagi...Sidang 7 (FSSK) tak keluar ag.. So, aku n adik aku nak bergambar la kat main gate tuh. Coz, semalam tak sempat. Abah n mak aku tak nak ikut. Depa g canselori, makan kat kafe kat situ. So, aku dan adik aku la bergambar. Jumpa la jugak kawan2 aku. Rosma ada, tie ada, bal pun ada. tapi maaf ye kawan, saya tak dapat tangkap gambar ngan korang. Sempat sekeping jer ngan korang ari tuh....aku ngan adik ku, sempat la tangkap 5 6 keping gambar. Lepas tuh, kami ke canselori, tangkap gambar kat yang ada logo UKM yang besar tuh. selesai, aku bawak adik aku ke mak aku kat kafe kat bwah. bia depa makan la dlu. Aku lak bergegas kembali ke DECTAR tuk antar jubah coz, lagi 45minit kaunter nak ditutup. Selesai urusan disana, aku kembali ke canselori tuk amik skrol di bahagian akademik tingkat 4. Sempat jumpa yana, zam, halim n wife dia. Selesai disana, aku trun kembali ke ground floor tempat ma aku. sebelum smpai kat depa, aku g amik gambar studio yang tempah semalam. dan amik jugak gambar yang atas stage. yang atas stage tak der frame. Dapat la saiz 11R, 8R 2keping dan sekeping saiz 5R. Juga CD. Dibawah ni aku upload satu jer dlu gambar tersebut.

After semua dah selesai, aku ke emak aku, depa pun dah siap makan. Kami naik ke atas kembali, keluar dari canselori kendian berjalan ke tapak pesta. So, berjalan la kami, dari canselori, ke Kolej Dato' Onn, kendian, sempat tunjuk tangga kolej aku (Kolej Ibu Zain) yang terletak diatas bukit, tangganya leh dikatakan tangga batu cave. Nak turun senang, nak naik susah. Tu la cabaran zaman aku tak der kenderaan dlu masa nak g kuliah. Tu belum masalah bas lambat yang menyebabkan aku terpaksa jalan kaki ke Fakulti Pendidikan yang jauhnya lebih kuran 1.5km. So, kami lintasi KDO dan KIZ td. Sampai di pondok bas Kolej rahim Kajai (KRK), abah aku dah penat. Adoi. sian kat dia. Waima, pesta tuh dah nak dekat dah. Pondok tu lak, duk sebelah stadium, stadium lak sebelah tapak pesta. tp kesian la kat abah aku, kami brenti aje kat pondok tuh tahan teksi balik ajer. kempunan aku nak ke pesta tu. So, tahun ni tak jumpa dah pesta konvo...huhuhuhu...So balik ajer ke stesen komuter UKM, abah aku ajak g masjid india. dia nak beli CD hindustan. Terus cergas bila aku iakan ajer. huhuhu...so beli la tiket ke bank Negara, jalan kaki sket, kendian masuk Jalan Tunku Abdul Rahman, smpai la kat masjid india. tapi singgah minum air jap. dah dahaga. After that, g kedai jual cd. Beli la cite amitabh bachan 2cerita. After that g kat gerai2, mak aku beli beg tangan, adik aku pun sma. Abah aku beli kotak rokok, aku lak beli bantal peluk tuk spupu ku yang sambut besday 19hb. Sepupu perempuan aku beli kipas 2keping tuk adik dia dan umi dia. Jugak dibeli jam tangan adiah ari jadi abang dia. pastu, balik, tunggu bas Rapid KL U29, terus balik. Smpai kat umah, solat, makan n rehat.

So, untuk 18hb, tu ajer ceritanya. nanti, episod ketiga, insyaAllah aku post esok. ni tatapan buat semua. gambar dibawah semasa amik ijazah dari Tuanku Canselor. Kasut kotor coz, masuk lumpur mase bratur.

Selamat berpuasa jugak aku ucapkan sempena bulan Ramadhan ni. Selamat Bersahur dan selmat berbuka nanti. Moga kita perbanyakkan ibadah dibulan puasa ini. Assalamualaikum....



To be continued.....

Diari Konvokesyen 2009 Part 1

17hb Ogos 2009 (iSnin)

Sidang kelima pada pagi ini berlangsung dengan meriahnya. Aku dan famili pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk majlis konvokesyen ku dari rumah abang ku di Gombak. Kami bertolak jam 630pagi dengan menaiki dua buah kereta. Aku dengan adik lelaki ku, makcik ku dan adik perempuan aku. Satu kereta agi, mak aku, abah, abang, kakak ipar dan sepupu ku. Kami tiba lebih kurang jam 730 pagi di UKM. Perasaan ku berdebar-debar. Sakit perut dan macam2 lagi perasaan. Tapi kutahan semua demi segenggam ijazah. Aku dan rakan2 berkumpul di pintu lobi B Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), manakala ibu bapa bersarapan di pintu Lobi A sebelah sana dewan. Sambil beratur, kami sempat berposing, ini kerana kami tahu, selepas ni susah dah nak bergambar coz, masing2 dengan keluarga. So, kami bergambar kenangan pada ketika itu.

Jam 830 pagi, kami diarahkan masuk ke dalam dewan dengan penuh adat istiadat. Ketibaan kami disambut oleh ibu bapa di dalam dewan. Selepas kami, perarakan masuk pensyarah2 Fakulti Pendidikan UKM, diikuti dekan2 fakulti, timbalan2 naib canselor dan naib canselor. Sesudah itu, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Canselor UKM) di arak masuk dengan penuh adat istiadat dengan cokmar diiringi dengan isteri baginda. Majlis dimulakan. So, yang istimewanya, sidang tuk graduan Fakulti Pendidikan semua dapat ijazah dari tangan Tuanku Canselor. Tuanku canselor hanya datang tuk sidang pertama dan kelima sahaja. Kami sidang kelima. Aku mencari2 ibubapa aku di sisi duduk tetamu, tapi tak ketemu, tapi bila layar paparkan gambar tempat duduk pensyarah, rupa2nya, abah n ma aku duk belakang pensyarah, Penyambut tetamu suh depa duk stu. sungguh istimewa. Siap keluar dalam layar lagi. Banyak kali lak tuh dipaparkan. Jangan jeles yer orang lain. hehehehehe....(semua acara dalam dewan juga dipaparkan di tv kat luar dewan, dalam panggung seni yang mana adik2 ku, abang ku, mkcik ku dan seppupu duk dalam tuh tengah layan acara ni jugak, serta dipaparkan jugak di TV besar kat luar pintu UKM yang kat trafic lite tuh).

Majlis Penyampaian Ijazah dimulakan dengan penyampaian Ijazah Sarjana diikuti dengan Ijazah SarjanaMuda dan diakhiri dengan Penyampaian Anugerah Pelajaran Diraja. Barisan ku adalah yang ketujuh terakhir yang akan menerima Ijazah SarjanaMuda Pendidikan. Kami beratur ke stage, dan memberi kad pintar kami kepada pegawai yang menyelia paparan nama kami, program pengajian pada layar besar. kad pintar kami discan dan paparan akan dipapar pada saat menerima ijazah dari Tuanku Canselor. Di depan ku, Radzi, program Pendidikan Kimia. Oleh kerana aku ralit disapa oleh Dekan aku, aku terlupa yang Radzi dah sampai ke Tuanku canselor, aku terpaksa la dengan kelam kabutnya aku berjalan ke tanda pangkah pertama dengan kabutnya. Sempat tunduk ke Tuanku, aku bergerak ke depan nya, tunduk kali ke-2, terima ijazah, sepatutnya aku ucap "Menjunjung kasih Tuanku" tetapi mulutku terkeluar Terima Kasih Tuanku....hahahaha,....lepas tu undur, tak sempat tunduk akhir, aku dah berjalan ke depan. huhuhuhu....adoiyai...after amik ijazah, kami disuruh berpaling ke kanan bawah stage kerana ada jurugambar tangkap gambar. tu pesanan yang dekan pesan tadi yang buatkan aku jadi ribut. yang sedihnya, memang la aku berpaling ke fotografer tuh, tapi, muka aku tak tersenyum, entah kenaper, kasut ku kotor coz masa tempat bratur kat luar tadi rumput tu basah. Aku punya kulit ijazah yang warna biru tuh yang ada logo UKM terbalik. Adoi, sayang sungguh gambar2 nih. Tapi takper la. Asal sudah terima ijazah sudah...huhuhuhuhu..

Sesudah terima, semua perasaan sakit perut dan gerun sudah hilang. Kegembiraan terpamer dimuka. Sesudah abis majlis, kami keluar dari dewan, berjumpa dengan ibu bapa. Dapat dua adiah, satu daripadanya dari abang ku berupa bunga yang besar. Makcik aku bagi bunga yang ada bear kecik. Thanx semua. Lepas tuh, kami bergambar2 sesama family, g tempat amik gambar studio, then kami balik. dah penat. Tak sempat nak bergambar dengan kawan2. So, buat masa ni, aku pamerkan gambar studio sahaja terlebih dahulu. Another pictures aku taruk kemudian ek. Tak sempat nak transfer.



To be continued.....

Blog Aku...

Dah lama aku tak tulis2 dalam blog aku ni...entah, may be tak der idea kot...nak kater bz, mane ada bz nyer..entah...may be malas pun ada gak...so, malam ni, kelas aini dia kansel ganti malam sok. Aku pun bukak jer la frenster, blog, berita harian...Oh yer, dalam berita harian, seorang doktor di UM kater, minum air kelapa tuk hapuskan H1N1 kerana air kelapa ada bahan semulajadi dapat membantu melemahkan virus2 tersebut.

Berbalik kepada blog aku, sebenarnya ni pun tak der bahan nak cerita...coz, masalah Pusat Tuisyen dah tak der..Alhamdulillah dah berjalan lancar. Gaji lak tuk bulan 7 ari tuh dapat semalam, aku kira2, wallamak, alhamdulillah dapat RM1050. Tu gaji tuisyen sahaja...Ya Allah, moga aku dapat posting di Kelantan Ya Allah. Sayang nak tinggal tuisyen. Kak Long Pengurus Pusat Tuisyen Pakar pun harap aku dapat ngajar kat Kelantan. Huhuhuhuhu...Selain itu, kalo dapat kat Kelantan ni, mak bapak aku, aku leh jaga, yer la, abang n adik laki aku keje kat KL. nak harap adik pompuan aku yang tingkatan 1 tu aper la sangat...K la, nak sign out dah. Jangan Lupa Lirik dah nak start. Bye...

Wala Weh...Busuk Lor....

Adui...Ni mungkin cerita lucu...mungkin juga cerita sakit ati...Tadi, jam 8.15 malam aku sampai kat Pusat Tuisyen Al-Amin Kubang Kerian...Lepas park kereta bapak aku depan kedai jual ayam sembelih tuh, aku keluar la dari kereta...Buat pengetahuan semua...Kedai ni, sebelah ngan Pusat Tuisyen....Sebaik sahaja keluar dari kereta, aku lock kunci dan aku terus jalan ke arah kedai tuh..Depan kedai tuh ada parit....Parit tu dah ditutup...So dah kira kaki lima la...so, aku jalan la, tanpa aku perasan, kaki ku sebelah kiri terpeleok dalam lubang kaki lima tuh...walamak, dalam tuh ada air sisa sembelih ayam dan bulu2 nya...adui, busuk la....abis seluar aku...aku pun gi la basuh dalam toilet pelajar kat bawah sebelum naik ke kelas..adui...sakit ati pun ada...coz, dah basah seluar, tak selesa...Masuk kelas, dah bersih dah seluar dan kaki tuh....cuma basah jer la..sib baik ada ekon, kering la sket....nasib baik tak busuk...Sian la nanti kat pelajar kalo busuk...adoyai...so, aku kongsi la cerita ni ngan pelajar coz depa duk tanya..rupa2nya, antara diaorang, pernah terpercik terus di belakang tubuh...abis tbuh bau air tuh...adoi..harap2 lepas ni berhati2 la...bye...