Pages

Diari Konvokesyen 2009 Part 1

17hb Ogos 2009 (iSnin)

Sidang kelima pada pagi ini berlangsung dengan meriahnya. Aku dan famili pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk majlis konvokesyen ku dari rumah abang ku di Gombak. Kami bertolak jam 630pagi dengan menaiki dua buah kereta. Aku dengan adik lelaki ku, makcik ku dan adik perempuan aku. Satu kereta agi, mak aku, abah, abang, kakak ipar dan sepupu ku. Kami tiba lebih kurang jam 730 pagi di UKM. Perasaan ku berdebar-debar. Sakit perut dan macam2 lagi perasaan. Tapi kutahan semua demi segenggam ijazah. Aku dan rakan2 berkumpul di pintu lobi B Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), manakala ibu bapa bersarapan di pintu Lobi A sebelah sana dewan. Sambil beratur, kami sempat berposing, ini kerana kami tahu, selepas ni susah dah nak bergambar coz, masing2 dengan keluarga. So, kami bergambar kenangan pada ketika itu.

Jam 830 pagi, kami diarahkan masuk ke dalam dewan dengan penuh adat istiadat. Ketibaan kami disambut oleh ibu bapa di dalam dewan. Selepas kami, perarakan masuk pensyarah2 Fakulti Pendidikan UKM, diikuti dekan2 fakulti, timbalan2 naib canselor dan naib canselor. Sesudah itu, Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Canselor UKM) di arak masuk dengan penuh adat istiadat dengan cokmar diiringi dengan isteri baginda. Majlis dimulakan. So, yang istimewanya, sidang tuk graduan Fakulti Pendidikan semua dapat ijazah dari tangan Tuanku Canselor. Tuanku canselor hanya datang tuk sidang pertama dan kelima sahaja. Kami sidang kelima. Aku mencari2 ibubapa aku di sisi duduk tetamu, tapi tak ketemu, tapi bila layar paparkan gambar tempat duduk pensyarah, rupa2nya, abah n ma aku duk belakang pensyarah, Penyambut tetamu suh depa duk stu. sungguh istimewa. Siap keluar dalam layar lagi. Banyak kali lak tuh dipaparkan. Jangan jeles yer orang lain. hehehehehe....(semua acara dalam dewan juga dipaparkan di tv kat luar dewan, dalam panggung seni yang mana adik2 ku, abang ku, mkcik ku dan seppupu duk dalam tuh tengah layan acara ni jugak, serta dipaparkan jugak di TV besar kat luar pintu UKM yang kat trafic lite tuh).

Majlis Penyampaian Ijazah dimulakan dengan penyampaian Ijazah Sarjana diikuti dengan Ijazah SarjanaMuda dan diakhiri dengan Penyampaian Anugerah Pelajaran Diraja. Barisan ku adalah yang ketujuh terakhir yang akan menerima Ijazah SarjanaMuda Pendidikan. Kami beratur ke stage, dan memberi kad pintar kami kepada pegawai yang menyelia paparan nama kami, program pengajian pada layar besar. kad pintar kami discan dan paparan akan dipapar pada saat menerima ijazah dari Tuanku Canselor. Di depan ku, Radzi, program Pendidikan Kimia. Oleh kerana aku ralit disapa oleh Dekan aku, aku terlupa yang Radzi dah sampai ke Tuanku canselor, aku terpaksa la dengan kelam kabutnya aku berjalan ke tanda pangkah pertama dengan kabutnya. Sempat tunduk ke Tuanku, aku bergerak ke depan nya, tunduk kali ke-2, terima ijazah, sepatutnya aku ucap "Menjunjung kasih Tuanku" tetapi mulutku terkeluar Terima Kasih Tuanku....hahahaha,....lepas tu undur, tak sempat tunduk akhir, aku dah berjalan ke depan. huhuhuhu....adoiyai...after amik ijazah, kami disuruh berpaling ke kanan bawah stage kerana ada jurugambar tangkap gambar. tu pesanan yang dekan pesan tadi yang buatkan aku jadi ribut. yang sedihnya, memang la aku berpaling ke fotografer tuh, tapi, muka aku tak tersenyum, entah kenaper, kasut ku kotor coz masa tempat bratur kat luar tadi rumput tu basah. Aku punya kulit ijazah yang warna biru tuh yang ada logo UKM terbalik. Adoi, sayang sungguh gambar2 nih. Tapi takper la. Asal sudah terima ijazah sudah...huhuhuhuhu..

Sesudah terima, semua perasaan sakit perut dan gerun sudah hilang. Kegembiraan terpamer dimuka. Sesudah abis majlis, kami keluar dari dewan, berjumpa dengan ibu bapa. Dapat dua adiah, satu daripadanya dari abang ku berupa bunga yang besar. Makcik aku bagi bunga yang ada bear kecik. Thanx semua. Lepas tuh, kami bergambar2 sesama family, g tempat amik gambar studio, then kami balik. dah penat. Tak sempat nak bergambar dengan kawan2. So, buat masa ni, aku pamerkan gambar studio sahaja terlebih dahulu. Another pictures aku taruk kemudian ek. Tak sempat nak transfer.



To be continued.....

2 comments:

Cikgu Ije said...

haha. lain kali jgn berbual. sila fokus. uhu. ijzah sarjana pulok ye

aDmiEy KaMaRuDiN said...

lambat lagi la ije..nok kijo lu bia leh pengalamn...