Pages

Calon SPM boleh ambil 12 subjek



Keputusan hanya dikira berdasar 10 mata pelajaran: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju membenarkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil tambahan dua subjek, tetapi keputusan keseluruhan hanya dikira berdasarkan 10 mata pelajaran utama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet membuat keputusan itu selepas mengambil kira rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam yang mewakili banyak pihak.

"Secara dasarnya, 10 subjek utama itu kekal, tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar... mereka boleh membuat opsyen sama ada nak ambil Bahasa Cina atau Tamil, Kesusasteraan Cina atau Kesusasteraan Tamil.

"Mereka boleh ambil 12 atau 11 subjek tetapi itu tidak mengambil kira dalam perkara 10 subjek asas dan elektif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara di sini, petang semalam.

Jun lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengumumkan bahawa pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bagi SPM bermula tahun depan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimud-din Mohd Dom dilaporkan berkata sekolah dicadang mengeluarkan sijil khas mengiktiraf pencapaian pelajar dalam subjek tambahan yang diambil apabila peperiksaan SPM dihadkan kepada 10 subjek.

Alimuddin berkata, menerusi pelaksanaan langkah itu, guru menilai kemampuan pelajar dalam subjek tambahan diambil dan sekolah mengeluarkan sijil berdasarkan laporan penilaian itu.

Muhyiddin berkata, pengambilan subjek tambahan itu membolehkan pelajar menggunakan keputusan yang diperoleh, seperti untuk menjadi guru bahasa Tamil.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan mata pelajaran tambahan itu tidak akan diambil kira dalam pemberian biasiswa dan sebagainya.

2 comments:

Faten Hanani said...

huhu..
meta2 10..
sekolah arab leh 11
skang dah 12..
tp taper sy dh lepas..
walaupom kira 10 subj jerk..
sy amik 11 ugak..ha3
doakan faten dpt 11A+..
amin..