Pages

==boLa oo boLa==

Keputusan perlawanan bola Piala FA malam ini di antara Kelantan dan Selangor tidaklah kecewa sangat pun. Aku orang Kelantan. Konfem aku sokong 100% Kelantan menang. Tapi nak wat macam mana. Tak der rezeki untuk kemenangan Kelantan. Tapi takper, usaha ag untuk masa akan datang.

Bancian yang dilakukan oleh Utusan Malaysia Online setakat jam 11malam menunjukkan bahawa ramai yang sokong kemenangan Kelantan. Data yang diperoleh adalah 53.1% (2291 orang) menyokong kemenangan Kelantan. Bagi sokongan Selangor pula 41.8% (1807 orang) manakala tidak pasti pula 5.1% (220 orang). Bagi aku, aku gembira dengan pencapaian Kelantan. Ini kerana buat julung kalinya Kelantan menyertai Perlawanan Akhir Piala FA. Satu kejayaan yang besar bagi kami warga Kelantan. Syabas untuk Kelantan walaupun bergelar sebagai Naib Juara Piala FA.

Tahniah buat Selangor kerana menjuarai Perlawana Akhir Piala FA musim ini. Kelantan jangan putus asa. Teruskan berjuang. Mengimbas kembali detik-detik kemenangan, Pada minit keseluruhan 90 minit masing-masing Kelantan dan Selangor dalam kedudukan yang seri iaitu 0-0. Akibat dari keputusan ini, maka 30 minit masa tambahan diberikan. Amat menggembirakan pada minit ke-92, Kelantan mendapat Gol yang pertama. Selang beberapa minit kemudian pada minit ke-110, Selangor membalas dengan gol pertama mereka yang mana menyebabkan sekali lagi kedudukan seri buat kedua2 pasukan. Akibat seri ini, maka Penalty Shot Out diberikan. Dalam Penalty Shot Out ini, pasukan Selangor memberikan kemenangan 4kali sepakan penalti yang berterusan. Kelantan pula hanya sekali gol pada sepakan penalti kedua.

Pepun tahniah buat kedua-dua pasukan kerana bermain penuh semangat. Semoga di musim akan datang, Kelantan dapat mara ke Final seterusnya mengungguli kemenangan pada masa akan datang. InsyaAllah.

:: Happy BirthdaY LinDa::





Selamat Hari Lahir buat teman karib ku. saudari Norhaslida Bt Zamri. Selamat hari lahir yang ke 23. Moga saudari dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan senantiasa berbahagia di samping yang tercinta dan tersayang. Moga cepat bertemu jodoh dan lekas kahwin. Huhuhuhuhu. Terima kasih sudi jadi kawan baikku sepanjang kehidupan kita setakat ni.



.....::aKu BeRcuTi::.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Disini aku nak maklumkan yang mana mulai 26 April 2009 hingga 4 Mei 2009 aku tak layari mana-mana laman sesawang. Tak kira la YM ker, Frenstar ker, mahupun Blog ini. Tempoh tarikh ini aku pulang bercuti sambil-sambil balik untuk majlis perkahwinan abang ku pada 3hb Mei. 30 April dia akad nikah, 1 Mei 2009 majlis pihak perempuan, dan 3hb mei umah aku lak. So mulai esok, aku balik dalam waktu tengah hari kerana pagi jam 830-1030 ada exam final tuk Kaedah Pemisahan (doakan kejayaan untuk aku ek). So sebarang masalah atau pesanan, sila tinggalkan pesanan anda dalam shoutmix box aku dalam blog ini, atau dalam fs antar komen sahaja nanti aku approve (aku tukar setting approve komen). dalam ym offline mesej. tu pun kalo tak mustahak la. Kalo mustahak, hubungi saja no sel aku. Harap maklum. Doakan aku juga semoga aku pulang dengan selamatnya tengah hari esok dengan abang dan adik ku. Dan doakan juga majlis kami agar berjalan lancar tanpa ada masalah. Terima kasih.

::maLunya aKu::

Hahahaha...sekali aku ingatkan, nak gelak rasanya. bertapa dungunya aku seketika. Nak cerita, td masa nak beli makanan kat kafe ibu zain UKM jam 9malam td, aku tersilap kira duit yang ku bawa...Sebelum aku g kafe, aku dah kira duit untuk aku bajet. Aku bajet la nasi putih daging masak merah harganya RM 3.80. Air teh o ais limau lak RM1.20. Aku dah kira siap2 dah duit syiling yang ada dalam RM2. Aku still ag bawak wallet masa g kafe tuh takut tak tercukup duit. So apabila tempahan dah di ambil dan siap untuk dibayar, brother yang jaga kaunter tu cakap semua sekali RM5. So aku keluarkan duit kertas RM1 3keping. and aku keluarkan jugak duit syiling aku yang dalam poket. Masa tuh aku terbayang dalam kepala otak aku nih aku bawak 80sen tuh. yang 20sen tuk harga air aku tak kira masuk td. So, kira-kira la ngan duit syling. dalam otak duk kira 80 sen, So dengan sikap clumsynya, aku pun tarik semula semua duit aku yang atas meja dia tuh, dah aku ingat tak cukup duit. So aku pun keluarkan la duit RM10. Brother tu cakap pe tau, "la, tak cukup ka? meh tengok, tadi rasa kira cam ckup jer, ni cukup jer RM2 yang syiling ni." ye tak ye jugak, aku pun kira la semula. Brother tu lak tersengih2, bdk pompuan sebelah aku pun duk sengih2. Adoyai, malunya aku...Dengan spontannya aku pun cakap, erm kelabu mata kot...so dengan cepatnya aku amik langkah seribu jer la. Malu aku wes. Blushing gila2 rasanya. Dah rasa panas muka tahan malu nih. huhuhuhuhuhu. Malu..Malu..mane aku nak sorok muka aku nih. Dah la dengan lagak clumsynya. huhuhuhuhu. Tapila, aku rasa otak aku nik kat lain la masa tuh. efek dari mengantuk ka atau benda lain aku pun tak tau. Dah semalam tido pun jam 4pagi bangun subuh jam 630 pagi. Pastu, tdo sekejap, bangun lak jam 830pagi. Sampai sekarang tak tido ag...May be ngantuk kot. takpe la, ada la jugak cite kelakar ari nih....


Malunya wes...huhuhuhuu....

Justify Full

...::taMatLah sUdaH::...

Malam ni adalah malam terakhir ku mengajar di Pusat Tuisyen Wiser (Wise-Ed Learning). Sedih rasanya kerana terpaksa berpisah dengan para pelajar-pelajar yang amat mesra dan hormati aku sebagai seorang guru. Perjalanan tempoh pengajaran aku bermula pada Mac 2008 untuk pengajaran Major ku iaitu subjek Biologi tingkatan 4 dan 5 bagi menggantikan Kak Yat senior Pendidikan Biologi UKM. Selepas itu aku ditawarkan mengajar sebagai guru tetap tapi untuk matapelajaran Sains tingkatan 1 dan 2. Break sekejap pada bulan Mei 2008-Julai 2008 bagi kekangan praktikum di SMK Panji Kota Bharu Kelantan. Kemudian sambung kembali pada Julai 2008 hingga November 2008. Januari 2009 sekali lagi aku dipanggil untuk mengajar di Wiser ini. Dimulai sebagai minggu pertama sebagai tenaga pengajar Kimia SPM. Kemudian minggu berikutnya, oleh kerana berlaku rombakan jadual, aku mengajar dua subjek iaitu Biologi SPM dan Kimia SPM. Tapi takper, aku suka kedua2 subjek ini. Mula-mula kenal pelajar-pelajar ini, pendiam jer semua. Tapi akhirnya lama kelamaan kami menjadi mesra. Bak adik-beradik. Yela, aku pun bukan tua sangat dari mereka. Beza berapa tahun ajer. Buat pelajar2 kelas Cikgu, cikgu ucapkan terima kasih menerima cikgu seadanya. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkurang Justify Fullilmu atau terlebih ilmu. Mudah-mudahan anda semua berjaya dalam SPM. Especially Biologi dan Kimia. A for them. Buat Hamizan, Haniff, Azmi dan Saiful, tumpukan lebih kepada Kimia. Cikgu tahu korang dapat lakukan yang terbaik. Biologi korang semua perfek dari keputusan Ujian ari tuh. Tahniah. Kekalkan momentum atau tingkatkan usaha anda dalam matapelajaran Biologi dan lebihkan usaha untuk matapelajaran Kimia. Buat Azlan, momentum anda dalam Kimia berubah secara mendadak. Ini kerana, cikgu ingat lagi kata2 pertama dari anda, "saya kimia tak pandai cikgu yang form 4". Tapi tak per, anda berbaloi dalam Kimia tingkatan Lima. Cuma tingkatkan usaha untuk fahami Kimia tingkatan 4. InsyaAllah anda akan berjaya, Bagi matapelajaran Biologi, anda kena rajin2 bertanyakan rakan2 sekalian. Dari ujian ari tu, anda rendah sedikit. Tapi jangan sedih hati, ada masa lagi untuk berusaha untuk berjaya. Buat Iqbal, walaupun anda smentara disana, tapi cikgu dapat rasakan yang anda pun boleh muncul sebagai pelajar cemerlang suatu hari nanti. Buat pengganti ku, Miss Nurul, moga anda berjaya mengajar mereka. Usahakan berterusan penanaman sikap ingin berjaya dalam Biologi dan kimia dalam hati mereka. Sentiasa motivasikan diri mereka untuk berjaya. Ini tugas kita sebgai pendidik. Bukan setakat mengajar sahaja. Tapi sebagai motivasi, sebagai abang dan kakak kepada mereka. Tumpukan kelemahan mereka agar kita dapat membaiki mereka. Buat semua, terima kasih cikgu ucapkan. Moga kita bertemu lagi di masa akan datang. Assalamualaikum.

Apa Ada Dalam Wudhu'

Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor
1. Kita hari-hari bercakap
benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di
tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan
hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu
dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab
ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan
hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik
matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam
matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu
dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang
mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu
dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian
dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu
dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat
maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan
Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat
bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai
hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk
sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita
perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita
sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

terima kasih buat:
warda tiey alhamra.
Sama-sama kita sebarkan dakwah ini.

HoBi BaRu Ku... KisaH MoNyEt...

Minggu ulangkaji peperiksaan akhir semester 2 sesi 20082009 kali ini, aku rasa tidak membosankan. Oleh kerana peperiksaan aku hanya 2kertas sahaja iaitu 26April dan 5Mei, maka sesi ulangkaji ku ini tidak rasa membebankan. Banyak masa terluang. Sepanjang hari, bangun dari tido, aku terus study, kemudian makan tengah hari, solat zohor, pastu study smula. Kalo bosan, aku layari internet sahaja. Frenstar, blog ini dan juga baca paper onlin especially Berita Harian la. Seusai tu, kalau asar, maka hendaklah kita bersolat. Usai solat, hari pun dalam area jam 5petang, aku ni bukannya kaki keluar bilik, so, terperap ajer dalam bilik, layan permandangan belakang bilik aku. Bilik aku ni, sebelah belakang nya hutan. Bilik single di Kolej Ibu Zain ni terletaknya di sebelah hutan aka belakang blok. Yang junior tepi jalan atau depan. So, petang-petang biasanya ada la sekumpulan monyet. Monyet kat kolej aku nih, ada dua spesies iaitu spesies kera ekor panjang dan luntong mata celak. Spesies luntong ni tak ganggu orang. Dia duk atas pokok jer. Tak pernah aku tengok dia turun ke bawah. Pemalu sifatnya kata Dr Badrul pensyarah FST yang pakar dalam monyet masa aku belajar kursus Vertebrata. Tapi aku tak nak la cerita sal luntong nih, aku nak cerita si pengacau kera ekor panjang. Semalam, sedang aku menikmati petang yang mendamaikan kat tepi tingkap bilik aku, aku duk perati la gelagat kumpulan kera ni. Duk men kejar-kejar, berebut makanan, menyusu anak, comel anaknya yang baru lahir, dan sebagainya. Ada la sekor kera tuh, dia bawak bungkusan air entah dari mana ntah dia selongkar, so berebut la dia ngan kawan-kawan dia termasuklah mak bapak dia sekali. Sedang dia berkejaran, melompat naik atas pokok, oh ya lupa nak bagitau, pkok-pokok belakang blok aku ni tumbuh atas tanah yang berbukit. jenis bertingkat-tingkat. Cam nampak ada gaung la. Tp bukannya nye tinggi pun. So berbalik la pada kisah tadi, sedang depa duk kejar-kejar tas pokok, entah macam mana la ada sekor kera tuh terlepas tangan kot masa nak bergayut dari dahan ke dahan, lepas tuh jatuh. Jatuh kebawah gaung tu la. Apalagi, semua kera-kera yang lain pakat2 berkejaran ke tebing tengok benda apa yang jatuh, rupanya ada sekor jatuh..Aku tengok mula2 tuh tergelak seorang. Tapi lepas fikir2 mesti sakit kan. Siannya dia. Huhuhuhu. dari sini aku perati la tabiat mereka nih, rupanya mereka pun ada gak sifat cam manusia. Apa dia ek? yang pertama, mereka ni cam kita bila ingin tahu pasal sesuatu, mesti pakat2 sama kejar ke tempat kejadian kan. Yang kedua, mereka hidup bermasyarakat cam kita, pakat saling tolong menolong antara satu sama lain. So itu sahaja aku nak cerita kat sini. Dah banyak dah aku tulis kat sini.. HuHuhuhUh....



Ni Rupa Kera Belakang Bilik Lan. Dapat kat mana la megi tuh..

aKu, Dia DaN SaHaBat....

Dalam Dunia Ini,
Kita Tidak Punya Sesiapa Kecuali Diri Sendiri..
Tetapi Dalam Kita Bersendiri,
Kita Beruntung Kerana Mempunyai Seorang Sahabat Yang Memahami Kita.
Sebagaimana Kita Mengharapkan Keikhlasan Dan Kejujuran Seorang Sahabat,
Begitu Juga Dia.
Tetapi Kita Sering Terlupa Akan Hal Itu.
Kita Cuma Mengambil Kira Tentang Harapan Dan Perasaan Kita.
Tetapi Dalam Kita Bersendiri,
Kita Beruntung Kerana Mempunyai Seorang Sahabat Yang Memahami Kita.
Sebagaimana Kita Mengharapkan Keikhlasan Dan Kejujuran Seorang Sahabat,
Kita Rasa Dikhianati Bila Dia Tidak Menepati Janjinya.
Kita Tidak Memberi Dia Peluang Untuk Menerang Keadaannya.
Bagi Kita,
Itu Alasannya Untuk Menutup Kesilapan Dan Membela Diri.
Kita Terlupa, Kita Juga Pernah Membiarkan Dia Ternanti-Nanti..
Kerana Kita Juga Ada Janji Yang Tidak Ditepati.
Kita Beri Beribu Alasan, Memaksa Dia Menerima Alasan Kita.
Waktu Itu, Terfikirkah Kita Tentang Perasaannya??
Seperti Kita, Dia Juga Tahu Rasa Kecewa.. Tetapi Kita Sering Terlupa.
Untungnya Mempunyai Seorang Kawan Yang Sentiasa Di
Sisi Kita Pada Waktu Kita Memerlukan Dia.
Dia Mendengar Luahan Perasaan Kita,
Segala Rasa Kecewa Dan Ketakutan,
Harapan Dan Impian Kita Luahkan,
Dia Memberi Jalan Sebagai Laluan Penyelesaian Masalah.
Selalunya Kita Terlalu Asyik Bercerita Tentang Diri Kita,
Hingga Kadang-Kadang Terlupa Kawan Kita Juga
Ada Cerita Yang Ingin Dikongsi Bersama Kita.
Pernahkah Kita Memberi Dia Peluang Untuk Menceritakan
Tentang Rasa Bimbangnya, Rasa Takutnya?
pernahkah Kita Menenangkan Dia Sebagaimana Dia Pernah
Menyabarkan Kita?
Ikhlaskah Kita Mendengar Tentang Kejayaan Dan Berita
Gembiranya?
Mampukah Kita Menjadi Sumber Kekuatannya Seperti Mana
Dia Meniup Semangat Setiap Kali Kita Merasa Kecewa Dan
Menyerah Kalah?
Dapatkah Kita Yakinkan Dia Bahawa Kita Boleh Dipercayai,
Kita Boleh Dijadikan Tempat Untuk Bersandar Bila Terasa Lemah,
Agar Tidak Rebah?
Bolehkah Kita Menjadi Bahu Untuk Dia Sandarkan
Harapan
Sesekali Jadilah Kawan Yang Mendengar Dari Yang Hanya Bercerita.
Ambillah Masa Untuk Memahami Hati Dan Perasaan Kawan,
Kerana Dia Juga Seorang Manusia;
Dia Juga Ada Rasa Takut,
Ada Rasa Bimbang, Sedih Dan Kecewa.
Dia Juga Ada Kelemahan Dan
ia Juga Perlukan Kawan Sebagai Kekuatan.
Jadilah Kita Kawannya Itu.
Kita Selalu Melihat Dia Ketawa,
Tetapi Mungkin Sebenarnya Dia Tidak Setabah
Yang Kita Sangka.
Disebalik Senyumannya Itu,
Mungkin Banyak Cerita Sedih Yang Ingin Diluahkan,
Disebalik Kesenangannya,
Mungkin Tersimpan Seribu Kekalutan,
Kita Tidak Tahu..
Tetapi Jika Kita Cuba Jadi Sahabat Seperti Dia,
Mungkin Kita Akan Tahu.



Ni KaWaN-KaWaN ku...


SaHaBaT Ku..Terima KaSih MeNjaDi TeMaN BaiK Ku sejak 1999 hingga SeKaRaNg.

Jemputan Ke Majlis Kesyukuran....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku bagi pihak Abah dan Ma aku serta ahli keluarga yang lain menjemput saudara/i ke Majlis Kesyukuran menyambut menantu sulung dalam keluarga aku yang bernama Rozeana Abdullah isteri kepada Putera Sulung Keluarga kami Muhamad Shahroom Azlan B Kamarudin pada 3hb Mei 2009 (Ahad). Majlis akan diadakan sebelum zohor dengan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai dan adik aku termasuk kat sini Saudari Nur Shahira Aqilah Bt Kamarudin dan diikuti dengan kehadiran sanak saudara mempelai perempuan. Semoga dengan kehadiran saudara/i sekalian dapat memeriahkan majlis kami ini.



Kad Undangan Aku Wat Sendiri. huhuhuhu.Align Center

Sesi Penggambaran Mahasiswa Pendidikan Biologi Tahun Akhir....

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pengumuman ini ditujukan kepada para Mahasiswa/i Pendidikan Biologi Tahun Akhir. Sesi penggambaran terakhir untuk baju T yang ditempah tu, akan diadakan pada:

-26 April 2009 (Ahad) -Jam 11 Pagi -Berkumpul di depan DECTAR

Mohon kerjasama anda semua untuk berkumpul secepat mungkin kerana saudari Zatil Syarafina akan pulang ke kampung pada sebelah tengah hari. Dia dah abis exam dah. Syoknya. So, pakaian untuk wanita, baju T merah yang ditempah tu, seluar atau kain yang bersesuain la kalo nak pakai kain gak. N then yang nak seragam adalah kain tudung putih. Bagi lelaki, semua adalah sama tapi tak perlu pakai tudung. Anda adalah LELAKI. Diulang, LELAKI. Meh nak eja L.E.L.A.K.I bunyi nya adalah LELAKI...hahahahahaha. so tak perlu pakai tudung ya Lelaki...huhuhuhu.

Ni Baju Kitaorang Dari Pandangan Depan.




Ni Baju Kami Dari Pandangan Belakang...

Exam Oooo ExaM....

Buat teman-teman khasnya Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM, Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester 2 sesi 20082009 dan amnya kepada Semua Mahasiswa/i seluruh Universiti di Malaysia. Semoga anda jawab dengan tenang kertas peperiksaan anda, jangan tergopoh-gapah, fikir sebaik mungkin, bajet masa untuk menjawab, dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW bagi memudahkan urusan peperiksaan kita ini. Bertawakkal kepada Allah selepas usai menjawab soalan anda, semoga Allah membantu kita dalam mengejar kejayaan yang cemerlang. Semoga kejayaan milik kita bersama. Dan bagi diriku, peperiksaan aku akan bermula pada 26 April 2009 bagi STKK2722 Kaedah Pemisahan (Method of Separation), dan paper kedua yang merangkap paper terakhir sepanjang aku berada dan bergelar Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada 5 Mei 2009 untuk STAB2152 Anatomi & Morfologi Tumbuhan (Plant's Anatomy & Morphology). Bagi adik-adik junior, usaha tangga kejayaan. Banyak cabaran yang anda akan tempuhi. So score exam ni dengan baik. Pointer hendaklah dijaga. huhuhuhu....

GGGB4113-Sains Kehidupan Dalam Pendidikan.

Kursus Wajib Fakulti ini adalah kursus yang terakhir aku dan rakan-rakan Mahasiswa Ijazah SarjanaMuda Pendidikan dgn Kepujian UKM perlu daftar untuk semester ini. Selama 4tahun di sini, ini lah satu matapelajaran yang aku kira enjoy gila la jugak kerana, dengan final exam pun tiada, hanya just semata-mata assignment. Hanya satu assignment sahaja yang perlu dihantar iaitu projek berkumpulan. Selain daripada itu, kuiz dan kehadiran pun ada jugak sumbangan markahnya. Tapi sedikit jer. Apa yang aku nak ceritakan disini mengenai projek berkumpulan kami. Kumpulan kami terdiri daripada aku sendiri Muhamad Shahroom Admiey (Pend. Bio), Mikram (Pend. Bio), Zahir Hafizi (Pend Kimia), Khairunnisa (PIPAQ), Jamilah Hani (TESL) dan Yati (PIPAQ). Bagi aku, kursus ini membantu aku menimba pelbagai ilmu seperti bagaimana nak buat buku, kulit buku, video, editing dan sebagainya. Dan hasilnya video yang berkualiti yang mana boleh dijadikan paparan seperti dokumentari pembelajaran atau dokumentari seperti Majalah 3, dan buku yang terhasil seperti buku-buku ilmiah yang mana seperti buku yang dijual di pasaran. huhuhuhu....Dan hari ini, 23 April 2009, semua hasil kerja kami sudah diserahkan kepada Penyelia Kumpulan kami iaitu Prof. Puan Sri Dr Faridah Karim. Pelbagai soalan yang Justify Fullditanya sepanjang gerak kerja kami. Alhamdulillah kami semua dapat menjawabnya dengan baik. Dan terima kasih juga Puan Sri kerana sikap keterbukaan beliau melayani karenah kami. Segala tunjuk ajar dan nasihat Puan Sri kami ucapkan berbanyak terima kasih. Buat teman-teman ahli kumpulan, terima kasih yang tak terhingga di atas kerjasama kamu semua. Seronok bekerja dengan kamu semua. Semoga ukhuwah yang terjalin, sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Moga kejayaan milik kita bersama untuk kursus ini.