Pages

GGGB4113-Sains Kehidupan Dalam Pendidikan.

Kursus Wajib Fakulti ini adalah kursus yang terakhir aku dan rakan-rakan Mahasiswa Ijazah SarjanaMuda Pendidikan dgn Kepujian UKM perlu daftar untuk semester ini. Selama 4tahun di sini, ini lah satu matapelajaran yang aku kira enjoy gila la jugak kerana, dengan final exam pun tiada, hanya just semata-mata assignment. Hanya satu assignment sahaja yang perlu dihantar iaitu projek berkumpulan. Selain daripada itu, kuiz dan kehadiran pun ada jugak sumbangan markahnya. Tapi sedikit jer. Apa yang aku nak ceritakan disini mengenai projek berkumpulan kami. Kumpulan kami terdiri daripada aku sendiri Muhamad Shahroom Admiey (Pend. Bio), Mikram (Pend. Bio), Zahir Hafizi (Pend Kimia), Khairunnisa (PIPAQ), Jamilah Hani (TESL) dan Yati (PIPAQ). Bagi aku, kursus ini membantu aku menimba pelbagai ilmu seperti bagaimana nak buat buku, kulit buku, video, editing dan sebagainya. Dan hasilnya video yang berkualiti yang mana boleh dijadikan paparan seperti dokumentari pembelajaran atau dokumentari seperti Majalah 3, dan buku yang terhasil seperti buku-buku ilmiah yang mana seperti buku yang dijual di pasaran. huhuhuhu....Dan hari ini, 23 April 2009, semua hasil kerja kami sudah diserahkan kepada Penyelia Kumpulan kami iaitu Prof. Puan Sri Dr Faridah Karim. Pelbagai soalan yang Justify Fullditanya sepanjang gerak kerja kami. Alhamdulillah kami semua dapat menjawabnya dengan baik. Dan terima kasih juga Puan Sri kerana sikap keterbukaan beliau melayani karenah kami. Segala tunjuk ajar dan nasihat Puan Sri kami ucapkan berbanyak terima kasih. Buat teman-teman ahli kumpulan, terima kasih yang tak terhingga di atas kerjasama kamu semua. Seronok bekerja dengan kamu semua. Semoga ukhuwah yang terjalin, sentiasa dirahmati oleh Allah SWT. Moga kejayaan milik kita bersama untuk kursus ini.

0 comments: