Majlis terakhir untuk perpisahan kami ini telah di adakan pada 17 April 2009 iaitu Selasa. Majlis ini di adakan di Restoran Village View Jalan Reko Kajang. Suasana petang tersebut sungguh aman dan selesa. Sesuai dengan mood kami semua. Menu kami petang tersebut adalah Nasi Putih, Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin dan minuman air sirap limau. Wow bestnya....huhuhuhu....Sebagai desert yang dihidang kepada kami ialah buah tembikai, tembikai susu, belimbing besi. Sedapnya. Tidak ketinggalan sponsor kek hari lahir dari Nor kepada aku dan kami potong cukup-cukup untuk puak2 kami...Thanx Nor.
Ni Kek Yang Disponsor Oleh Nor...Thanx Nor.
Sebelum sesi bergambar tanda kenangan, ada sesi penerima anugerah. Aku dapat anugerah sebagai penerima darjah Mr Clumsy...hahahaha...macam-macam la ada. Liza dapat Miss Talkative, Nor dapat Miss Loud, kak Mimi dapat Miss Independent dan lain-lain ada la gelaran masing-masing. Yana jugak bagi gambar yang dia wat. Gambar setiap dari kami dengan gelaran masing-masing..Pastu, kami ada sesi tukar-tukar hadiah. Gamat tol time ni. Aku dapat tali leher dari Zatil. Thanx Zatil....Aku lak bagi kat Kak Mimi. Ini dari hasil cabutan nama-nama kami sebelum kami g majlis tu. Seusai dari itu, kami bergambar lak. Posing sana sini. Biasala budak-budak ni kaki posing. Pantang jumpa kamera, mula la nak posing. huhuhuhu. Tak per, kami terhibur dengan gelagat kami.
Buat kawan-kawan semua, aku berterima kasih dengan korang semua menjadi kawan aku. Bangga aku dapat kawan macam korang semua. Ibarat adik beradik dah kita sebenarnya nih. Semoga kita berjumpa di lain masa. Moga ikatan ukhuwah yang terjalin ini akan kekal buat selama-lamanya. Sedihnya aku nak berpisah dengan korang semua. huhuhuhu...wawawawawa....

0 comments:
Post a Comment