Pages

==boLa oo boLa==

Keputusan perlawanan bola Piala FA malam ini di antara Kelantan dan Selangor tidaklah kecewa sangat pun. Aku orang Kelantan. Konfem aku sokong 100% Kelantan menang. Tapi nak wat macam mana. Tak der rezeki untuk kemenangan Kelantan. Tapi takper, usaha ag untuk masa akan datang.

Bancian yang dilakukan oleh Utusan Malaysia Online setakat jam 11malam menunjukkan bahawa ramai yang sokong kemenangan Kelantan. Data yang diperoleh adalah 53.1% (2291 orang) menyokong kemenangan Kelantan. Bagi sokongan Selangor pula 41.8% (1807 orang) manakala tidak pasti pula 5.1% (220 orang). Bagi aku, aku gembira dengan pencapaian Kelantan. Ini kerana buat julung kalinya Kelantan menyertai Perlawanan Akhir Piala FA. Satu kejayaan yang besar bagi kami warga Kelantan. Syabas untuk Kelantan walaupun bergelar sebagai Naib Juara Piala FA.

Tahniah buat Selangor kerana menjuarai Perlawana Akhir Piala FA musim ini. Kelantan jangan putus asa. Teruskan berjuang. Mengimbas kembali detik-detik kemenangan, Pada minit keseluruhan 90 minit masing-masing Kelantan dan Selangor dalam kedudukan yang seri iaitu 0-0. Akibat dari keputusan ini, maka 30 minit masa tambahan diberikan. Amat menggembirakan pada minit ke-92, Kelantan mendapat Gol yang pertama. Selang beberapa minit kemudian pada minit ke-110, Selangor membalas dengan gol pertama mereka yang mana menyebabkan sekali lagi kedudukan seri buat kedua2 pasukan. Akibat seri ini, maka Penalty Shot Out diberikan. Dalam Penalty Shot Out ini, pasukan Selangor memberikan kemenangan 4kali sepakan penalti yang berterusan. Kelantan pula hanya sekali gol pada sepakan penalti kedua.

Pepun tahniah buat kedua-dua pasukan kerana bermain penuh semangat. Semoga di musim akan datang, Kelantan dapat mara ke Final seterusnya mengungguli kemenangan pada masa akan datang. InsyaAllah.

0 comments: