Malam ni adalah malam terakhir ku mengajar di Pusat Tuisyen Wiser (Wise-Ed Learning). Sedih rasanya kerana terpaksa berpisah dengan para pelajar-pelajar yang amat mesra dan hormati aku sebagai seorang guru. Perjalanan tempoh pengajaran aku bermula pada Mac 2008 untuk pengajaran Major ku iaitu subjek Biologi tingkatan 4 dan 5 bagi menggantikan Kak Yat senior Pendidikan Biologi UKM. Selepas itu aku ditawarkan mengajar sebagai guru tetap tapi untuk matapelajaran Sains tingkatan 1 dan 2. Break sekejap pada bulan Mei 2008-Julai 2008 bagi kekangan praktikum di SMK Panji Kota Bharu Kelantan. Kemudian sambung kembali pada Julai 2008 hingga November 2008. Januari 2009 sekali lagi aku dipanggil untuk mengajar di Wiser ini. Dimulai sebagai minggu pertama sebagai tenaga pengajar Kimia SPM. Kemudian minggu berikutnya, oleh kerana berlaku rombakan jadual, aku mengajar dua subjek iaitu Biologi SPM dan Kimia SPM. Tapi takper, aku suka kedua2 subjek ini. Mula-mula kenal pelajar-pelajar ini, pendiam jer semua. Tapi akhirnya lama kelamaan kami menjadi mesra. Bak adik-beradik. Yela, aku pun bukan tua sangat dari mereka. Beza berapa tahun ajer. Buat pelajar2 kelas Cikgu, cikgu ucapkan terima kasih menerima cikgu seadanya. Maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terkurang ilmu atau terlebih ilmu. Mudah-mudahan anda semua berjaya dalam SPM. Especially Biologi dan Kimia. A for them. Buat Hamizan, Haniff, Azmi dan Saiful, tumpukan lebih kepada Kimia. Cikgu tahu korang dapat lakukan yang terbaik. Biologi korang semua perfek dari keputusan Ujian ari tuh. Tahniah. Kekalkan momentum atau tingkatkan usaha anda dalam matapelajaran Biologi dan lebihkan usaha untuk matapelajaran Kimia. Buat Azlan, momentum anda dalam Kimia berubah secara mendadak. Ini kerana, cikgu ingat lagi kata2 pertama dari anda, "saya kimia tak pandai cikgu yang form 4". Tapi tak per, anda berbaloi dalam Kimia tingkatan Lima. Cuma tingkatkan usaha untuk fahami Kimia tingkatan 4. InsyaAllah anda akan berjaya, Bagi matapelajaran Biologi, anda kena rajin2 bertanyakan rakan2 sekalian. Dari ujian ari tu, anda rendah sedikit. Tapi jangan sedih hati, ada masa lagi untuk berusaha untuk berjaya. Buat Iqbal, walaupun anda smentara disana, tapi cikgu dapat rasakan yang anda pun boleh muncul sebagai pelajar cemerlang suatu hari nanti. Buat pengganti ku, Miss Nurul, moga anda berjaya mengajar mereka. Usahakan berterusan penanaman sikap ingin berjaya dalam Biologi dan kimia dalam hati mereka. Sentiasa motivasikan diri mereka untuk berjaya. Ini tugas kita sebgai pendidik. Bukan setakat mengajar sahaja. Tapi sebagai motivasi, sebagai abang dan kakak kepada mereka. Tumpukan kelemahan mereka agar kita dapat membaiki mereka. Buat semua, terima kasih cikgu ucapkan. Moga kita bertemu lagi di masa akan datang. Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment