Pages

Exam Oooo ExaM....

Buat teman-teman khasnya Mahasiswa Fakulti Pendidikan UKM, Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester 2 sesi 20082009 dan amnya kepada Semua Mahasiswa/i seluruh Universiti di Malaysia. Semoga anda jawab dengan tenang kertas peperiksaan anda, jangan tergopoh-gapah, fikir sebaik mungkin, bajet masa untuk menjawab, dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW bagi memudahkan urusan peperiksaan kita ini. Bertawakkal kepada Allah selepas usai menjawab soalan anda, semoga Allah membantu kita dalam mengejar kejayaan yang cemerlang. Semoga kejayaan milik kita bersama. Dan bagi diriku, peperiksaan aku akan bermula pada 26 April 2009 bagi STKK2722 Kaedah Pemisahan (Method of Separation), dan paper kedua yang merangkap paper terakhir sepanjang aku berada dan bergelar Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada 5 Mei 2009 untuk STAB2152 Anatomi & Morfologi Tumbuhan (Plant's Anatomy & Morphology). Bagi adik-adik junior, usaha tangga kejayaan. Banyak cabaran yang anda akan tempuhi. So score exam ni dengan baik. Pointer hendaklah dijaga. huhuhuhu....

0 comments: