Pages

ALhamDuLiLLaH...

Alhamdulillah ku panjatkan ke hadrat Illahi atas segala mempermudahkan segala urusan aku di dunia ini. Malam ni, yakni tadi, aku mengajar satu Pusat Tuisyen tuh, alhamdulillah, mereka mula berubah perangai. Tiada kebisingan berlaku. Ia berlaku sejak minggu lepas lagi aku perhatikan. Terima kasih pelajar2 ku. Kerana mula sedar akan tanggung jawab masing2. Moga anda dipermudahkan segala urusan pembelajaran anda sekalian. Thanx yer, pelajar2 kelas J dan C.

Ku ucapkan terima kasih juga kepada Pusat Tuisyen Al-Amin, kerana, sudah menukarkan kelas biologi form 4 yang sebelum ini di bilik US1 yang teramat tidak selesa, ditukarkan ke bilik yang lebih selesa, bilik J. Tiada lagi gangguan2 lain. Moga pelajar dapat belajar dengan lebih aman dan tenteram.

Actually, aku komen dan kritik sebelum ini adalah bagi memberi kesedaran, agar kita hendaklah mempunyai sikap yang mana lebih positif demi mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan kita bukan sekadar kuantiti semata2. Pendidikan kita dan generasi kita hendaklah sentiasa bergerak bersama dari segi kualiti dan kuantiti nya. Alhamdulillah, satu perubahan yang baik ku lihat dari satu sudut. Teruskan usaha tingkatkan lagi kualiti dan kuantiti pendidikan kita.

0 comments: