Pages

Teman baru....?

Ramai kenalan ku mula bertanya bilakah aku akan mula menerima cinta baru. Bilakah nak mula ada awek kembali. Jawapan ku, entahlah. camne ntah. Sebuah cinta itu akan datang dengan sendirinya. Tapi dalam hati ku ini, sudah mula terbuka untuk menerima cinta baru. Tapi biarlah ia bertandang dengan cara semulajadi.

Kenalan2 ku juga sudah berpunya. Baik lelaki atau perempuan. Ada kalangan mereka bersimpati dengan aku. Tapi nak buat camne. Buat dono jer la kan. Bia la masa menentukan. Kalo nak tolong carikan, carilah. Aku tak kisah. Asal menepati 3 ciri penting bagi ku iaitu seorang guru, asal dari kelantan dan mesra serta tidak sombong. Itu jer.

Ade juga antara teman2 mencadangkan agar aku kembali ke teman lama ku. Mane boleh camtu. Aku tak akan sesekali menjilat ludah ku sendiri. lagipun, aku dah tiada perasaan langsung kat dia. nak balik kat dia camne. Huh, aku tak akan sesekali berpaling pada yang lama.

So jawapan buat masa ini, saya masih single and available. Masa yang akan menentukan segala2nya. Jodoh pertemuan di tangan Allah SWT.

3 comments:

Zaty Syarafina said...

insya'allah..pasti 'dia' hadir satu hr nanti...=)

Cikgu Ije said...

ada la tu jodoh kat mana2. xsampai dekat hati je lagi tu. =)

aDmiEy KaMaRuDiN said...

To Zaty: thanx yer bagi kater semangat

to ije: huhuhuhuhu...thanx jugak pada kamoo