Fotosintesis adalah satu proses dimana tumbuhan hijau menggunakan cahaya matahari untuk memecahkan molekul air melalui proses fotolisis air untuk menghasilkan molekul oksigen untuk dibebaskan kea lam sekitar. Tindak balas ini berlaku di granum tumbuhan hijau dan berlaku di waktu siang yang mana dikatakan mekanisma tindakbalas cahaya. Manakala di waktu malam, fotosintesis tetap berlaku di mana ion-ion hidrogen dan elektron dari fotolisis air serta tenaga yang terhasil di gunakan untuk mekanisma tindakbalas gelap. Mekanisma ini berlaku di dalam stroma kloroplas.
Persamaan perkataan di tunjukkan seperti di bawah:
Air + Karbon dioksida → Glukosa + Oksigen
Persamaan Kimia di tunjukkan seperti dibawah:
6H2O + 6CO2 → C6H12O6 + 6O2
Hasil glukosa ini kemudiannya ditukarkan kepada bintil-bintil kanji yang akan di jumpai dalam stroma kloroplas. Untuk menguji sama ada fotosintesis berlaku atau tidak, satu eksperimen akan dijalankan di mana daun akan direndam dalam air mendidih selama 5 minit bertujuan untuk membunuh sel tumbuhan tersebut dan juga untuk memecahkan dinding sel. Kemudian, daun tersebut di rendam di dalam tabung didih yang berisi etanol yang direndam di dalam air panas. Tujuannya adalah untuk melarutkan klorofil. Akibat dari rendaman dalam etanol, daun menjadi keras, maka daun tersebut perlu dilembutkan dengan menggunakan beberapa titik air suling. Kemudian pindahkan daun tadi ke atas jubin putih dan letakkan beberapa titis larutan iodin yang berwarna kuning. Sekiranya warna kuning iodin bertukar menjadi biru gelap, maka boleh dikatakan bahawa kanji terdapat di dalam daun hijau bagi hasil fotosintesis.
Bagi sesetengah tumbuhan yang mana daunnya tidak sepenuhnya berwarna hijaun kadang kala merah atau lain-lain warna, ini tidak bermakna bahawa kawasan yang tidak berwarna hijau itu tidak mengandungi kloroplas. Kehadirannya dalam kuantiti sedikit. Daun ini dikenali sebagai daun variegasi. Contoh-contoh daun yang sempat di tangkap tadi, saya paparkan bersama di bawah artikel ini. Terima kasih.
Daun Hijau Sepenuhnya:
dalam bahasa inggeris ape ye variegasi? dah cari dalam kamus pun tak der..dalam text book pun tak der..dalam buku rujukan pun tak der...tolong wes....