Pages

Rahmat Dari Kejadian


Masih ingat dengan entry yang aku geram sangat2 dengan sebuah pusat tuisyen suatu ketika dulu. tak ingat? tak per, cek aje entry kat bawah2 nih...huhuhuhu.

Dulu memang aku geram sesangat la, sampai sumpah menyumpah. Dah geram sangat. Tapi ada benda yang telah berlaku tuh. Setiap kejadian yang menimpa tuh ada rahmat yang tersirat. Kalau dulu, lepas aku tamat pengajian, pengetua satu pusat tuisyen tuh telepon suh amik kelas biologi form 4 ari sabtu 3kelas yakni 3jam dan malam selasa 2 kelas. Tapi bertahan hanya 3 minggu sahaja. Ada pelajar yang komplen kater aku tak reti mengajar dan pengetua tuh pun hanya beri aku 2 kelas malam selasa sahaja. So petang sabtu tak der kelas. Kecewa sangat, aku tak halalkan segala pembeljaran yang aku telah ajarkan selama 3 minggu tuh. So, selepas sebulan, ada kejadian berlaku.

Start bulan Julai ni, alhamdulillah rezeki datang berlimpah ruah. Walaupun pusat tuisyen tuh dah sekat rezeki aku time tuh, ada rezeki yang baru Allah telah berikan. Syukur sangat2. Huhuhuhu. Pusat Tuisyen Pakar cawangan Pasir Hor dan cawangan Telipot, sanggup menggaji kan aku sebagai guru tetap untuk subjek Kimia form 4. Malam Jumaat dan Pagi Sabtu. manakala guru ganti bagi Kimia form5 dan Bio form 4 n 5. Aku kenal dengan kak long (pengurus) ni, start dari cuti sekolah 2 minggu ari tuh. Anak sdara dia dari kedah datang dan tuisyen disini selama 2 minggu dengan 2jam sehari selama 4hari. Ajar biologi form 4 individu. Dari situ, mungkin anak sdara dia yang promote aku kot. pepun, thanx kak long dan ank sdara dia kerana memberi peluang untuk saya mengajar di pusat tuisyen anda. Budi kalian, hanya Allah yang balas. Kerani2 pun ok, baik. huhuhu...

Tidak setakat itu shaja, selain dari itu, sebelum ini aku pernah mengajar as a substitute teacher kat Pusat Tuisyen Midani. kalo nak tahu, kat area kubang kerian kat umah aku ni ada 5 buah pusat tuisyen yang dekat2 jek. So, banyak kali jugak aku ganti. Hampir 2 minggu sekali ganti kat situ setiap pagi Jumaat. Daripada cara pengajaran aku, ada jugak pelajar yang tertarik dengan kaedah pengajaran aku. Ainie nama diberi. Pelajar elit dari SMK Zainab 1 Kota Bharu Kelantan. Dia mohon untuk aku ajar dia dan rakan2 dia di rumah dia seramai 8 orang di peringat. Alhamdulillah. Terima kasih ainie atas segala kepercayaan yang telah di berikan kepada cikgu untuk ajar kalian. Kelas ainie hari Sabtu Petang.

dalam entry sebelum ini juga aku pernah berjanji bahawa aku tidak akan menjadi guru ganti dah untuk satu pusat tuisyen yang aku rasa menyampah tuh. So, janji itu setakat ini tertunai. Ye la dlu nak kat aku, lepas tu tak nak. sekarang nak pulak. Minta maaf, aku tak akan sesekali jadi guru ganti anda. Cukup la setakat dua kelas yang anda beri kepada saya untuk biologi f4 malam selasa. Aku pun bukan nya pelahap sangat nak duit dia. Aku ngajar ni saje je untuk timba pengalaman, duit aku tak kira sangat. Asal aku puas dengan aku dapat ngajar je. Ye la, aku ni kalo satu hari tak ngajar, gila dibuatnya. Sebab tu dulu aku kat u pun aku ngajar tuisyen. hehehe. Tadi pagi sabtu, pengetua tu telepon suh g ganti kelas yang dlu dia pernah beri kat aku kendian tarik balik. So, aku bagi la alasan yang aku ngajar kat peringat. tapi memang betol pun, aku ngajar kat peringat rumah ainie petang tadi. huhuhuhuhu. Jenis muka tak malu la kot pengetua tu. Dia Ludah, dia yang jilat kembali. Itu la sifat seorang pengetua yang hanya tahu nilai Kuantiti berbanding Kualiti. Nampak jer alim. Tapi haprak.

So, lepas ni aku tak mengalah. Aku akan teruskan pengajaran aku dengan jayanya agar anak bangsa yang dicintai dan disayangi ini dapat menimba ilmu dngan sebaik2nya dan berjaya di dalam apa jua permasalahan pengajian dan di dunia dan di akhirat. Pepun, aku nak ucap terima kasih banyak2 buat Pusat Tuisyen pakar, Pusat Tusiyen Midani, dan aini di Peringat. Buat Pusat Tuisyen yang satu agi tuh, aku tak nak ucap aper, just semoga berjaya untuk pelajar2 yang amik bio selasa malam sahja. terima kasih. Alhamdulillah. Chaiyok2...

0 comments: