Pages

Moga Amin Sihat Sejahtera...

Rabu yang lepas, aku dikejutkan dengan berita kemalangan pelajar ku. Pelajar dari SMK Panji Kota Bharu Kelantan. Amin, Pelajar Tingkatan 5 tahun ini yakni masa aku praktikal dahulu, dia di tingkatan 4. Dengar cerita, beliau kemalangan dengan sebuah motokar pada hari Selasa, hari cuti umum negeri kelantan sempena Hari Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.

Jumaat lepas, aku dan 2 orang pelajar ku, yakni kawan amin, Amir dan Azhim melawat Amin Di wad 2 Zamrud Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada jam 5 petang. Memang parah rupanya. Dengan tulang paha patah dan tangan pun patah. Yang paling menyedihkan, peha yang patah itu, tulang betisnya terpaksa ditebuk dengan sebatang besi dan ditarik dengan menggunakan pemberat 1kg untuk menarik tulang peha yang patah itu kembali kepada keadaan asal. Taku jugak melihatnya. Pepun, cikgu tahu amin pelajar yang kuat. Kuatkan semangat untuk sembuh dan dapat ke sekolah bagi mengahadapi peperiksaan SPM tahun ini.

Cikgu berdoa, amin cepat sembuh dan dapat kembali ke sekolah dan sterusnya menggenggam kejayaan yang terbaik dalam SPM tahun ini.

Untuk pelajar2 lain, ambil iktibar dari kisah ini. Terutama pelajar tingkatan 5, jaga kesihatan dan keselmatan. Ingat bahawa tahun ini tahun yang penting untuk kalian untuk meraih kejayaan yang paling cemerlang. Cikgu akan senantiasa mendoakan kesejahteraan kalian.

2 comments:

Zaty Syarafina said...

ksiannyer anak murid ko...sedihnyer...nk exam ade je dugaan dtg menimpa die...moga die cepat sembuh..amin..

aDmiEy KaMaRuDiN said...

takdir dan dugaan yang perlu kita terima seadanya. Thanx. Amin